
BRUSSELS: Perintah berkurung di Belgium akan diteruskan untuk sekurang-kurangnya lapan minggu lagi berikutan pandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan, Maggie De Block, memberitahu akhbar De Zondag, rakyat di negara itu hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan, barangan kesihatan atau membantu mereka yang memerlukan.
Sekolah dan universiti juga ditutup dan kebanyakan kakitangan syarikat perlu bekerja dari rumah.
De Block berkata, perjalanan keluar negara yang tidak perlu, tidak dibenarkan hingga 5 April ini dan semua perhimpunan diharamkan.
Polis akan menjalankan tugas membuat rondaan untuk memantau dan menguatkuasakan perintah sekatan.

Ditanya sampai bila situasi itu akan berakhir, De Block menjawab: “Itu soalan yang sukar dijawab… Kita sekarang berada di kemuncak pandemik, di mana selepas ini wabak akan menurun.
“Saya rasa situasi ini akan berakhir sekurang-kurangnya sehingga lapan minggu lagi, ..keadaan akan kembali normal.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan apa yang berlaku di China dan Korea Selatan yang terlebih dulu dilanda oleh wabak berkenaan. – REUTERS

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel