≡ Menu

Bayi Kena Sawan Tangis, Ibu Hilang Kawalan Sampai Hampir Bunuh Anak


Bila bayi kena sawan tangis, mak ayahlah paling susah hati. Sawan tangis merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih.

Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Mungkin senang untuk kita memperkatakan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita hadapi sendiri bayi yang menangis tanpa henti.

Pelbagai komplikasi boleh terjadi akibat daripada colic dan kesan buruk ini lebih tertumpu kepada ibu bapa serta keluarga dan bukannya kepada bayi tersebut. Nak tahu macam mana situasinya, ikuti cerita dari Puan Intan Rohaizat ini…

Satu petang, aku santai borak-borak dengan kawan. Ada satu ceritanya yang buat aku tersentap. Dia cerita pasal jirannya yang baru dapat anak, memang pasangan muda yang dua-dua jenis happy go lucky.

Selepas dapat baby, hidup pasangan yang romantic dan bahagia ini berubah 360 darjah. Orang lain dapat baby happy tapi pasangan ini asyik bergaduh. Si isteri sampai terjerit-jerit. Kawan aku ni pun rasa tak sedap hati sebab baby diaorang asyik nangis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bila dirisik, barulah tahu baby pasangan ini kena sawan tangis. Siang malam melalak sampai laki bini ni stress. Dek kerana dah tak tertanggung, si isteri pun meluah perasaan kepada kawan aku.

Katanya dia pernah hampir bunuh anaknya masa stress memuncak. Sebab semak dan serabut sangat dengar suara anak yang melalak, si ibu tekap muka baby dengan bantal. Mujur dia tersedar…Tengok tu syaitan merasuk sampai ibu hilang pertimbangan.

Itu kisah pengajaran yang kita kena ambil iktibar. Sawan tangis ini kena dirawat segera kalau tidak memang ibu boleh meroyan dalam pantang. Silap-silap rumah tangga boleh barai kerana laki bini asyik bergaduh penat jaga anak yang asyik menangis.

Bayi Menangis Tanpa Sebab

Emak ayah memang buntu bila bayi menangis tak henti-henti. Bayi yang kena sawan tangis akan menangis tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu. Biasanya bayi akan menangis sampai berjam-jam.

Dalam istilah perubatan sawan tangis dikenali sebagai colic.Sawan tangis akan baik sendiri apabila umur bayi mencecah usia tiga hingga empat bulan. Sawan tangis memberi kesan yang besar kepada ibu, ayah dan ahli keluarga. Ibu boleh menjadi sangat tertekan, murung dan hubungan suami isteri jadi tegang.

Paling ditakuti ibu boleh bertindak luar kawalan kerana sangat tertekan menjaga bayi yang kuat menangis. Ibu-ibu yang emosinya tidak stabil boleh mencederakan bayi.

5 Cara Atasi Bayi Kena Sawan Tangis

Kita kena ambil serius masalah ini. Jika bayi kena sawan tangis ibu dan ayah kena segera bertindak. Sebenarnya tiada rawatan khusus yang dapat membantu merawat masalah sawan tangis. Berikut beberapa cara untuk membantu mengurangkan bayi menangis.

  1. Ada doktor yang advice ibu kurangkan makanan tenusu, gandum dan kekacang untuk mengatasi sawan tangis.
  2. Letak minyak telon pada perut baby, kemudian pakaikan bedung supaya perut bayi tidak kembung. Pakaikan juga bayi sarung kaki untuk elak masuk angin.
  3. Mandikan bayi dengan air suam.
  4. Susukan bayi dengan kerap supaya baby tidak lapar dan meragam
  5. Tukar lampin dengan kerap supaya bayi selesa.

Bayi Menangis Kerana Gangguan Makhluk Halus

Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan sawan tangis disebabkan gangguan makhluk halus. Kita boleh cuba rawat anak dengan ustaz yang amalkan perubatan Islam.

5 Cara Elak Gangguan

  1. Pastikan rumah mendapat pencahayaan yang baik. Jangan biar rumah yang ada bayi gelap dan tidak masuk cahaya matahari.
  2. Buka tingkap pada waktu siang untuk aliran udara yang baik.
  3. Bapa amalkan azan bayi setiap hari untuk elak gangguan.
  4. Baca ayat Qursi dan Fatihah, tiupkan pada ubun-ubun bayi.
  5. Kalau masuk rumah, bagi salam supaya makhluk halus tidak tumpang kita masuk rumah.

Sumber: Mingguan Wanita

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel