≡ Menu

Baitulmaqdis: PBB pertimbang resolusi untuk Batalkan keputusan AS


NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan satu draf resolusi yang diharap dapat membatalkan sebarang langkah menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Menurut Reuters yang telah melihat draf tersebut, resolusi yang digubal oleh Mesir dan diedarkan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan itu, tidak secara langsung menyebut Amerika Syarikat (AS) mahupun Presiden Donald Trump.

Para diplomat mengatakan, sungguh pun resolusi itu mempunyai sokongan yang luas, ada kemungkinan ia tidak akan tercapai disebabkan kuasa veto yang ada pada AS.Menurut diplomat lagi, undian boleh diadakan seawal minggu depan, dan ia memerlukan sembilan undi yang menyokong resolusi tersebut dengan syarat tiada veto dari AS, Perancis, Britain, Rusia atau China.

BACA:  5 Petua Orang Dulu-Dulu Yang Wajib Kita Tinggalkan Untuk Kebaikan Bayi Dan Anak

Draf resolusi PBB itu menegaskan bahawa “apa-apa keputusan dan tindakan yang bermaksud mengubah watak, status atau komposisi demografi Kota Suci Baitulmaqdis, tidak mempunyai kesan undang-undang, adalah tidak sah dan harus dibatalkan dengan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.”Ia juga “menyeru semua negara untuk menahan dari menubuhkan misi diplomatik di Baitulmaqdis, berdasarkan resolusi 478 (1980) Majlis Keselamatan.”

Draf resolusi itu turut “menuntut agar semua negara mematuhi resolusi Majlis Keselamatan mengenai Baitulmaqdis, dan tidak mengiktiraf tindakan yang bertentangan dengan resolusi tersebut.”Pada Disember tahun lepas, PBB telah meluluskan satu resolusi yang menuntut agar Israel “dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis Timur.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lapan belas anggota Majlis Keselamatan PBB – termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.Keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqdis menimbulkan ketegangan baharu di Palestin.

BACA:  Kes Keracunan Kopi Pracampuran di Pulau Pinang

Tindakan itu juga mendapat bantahan serta membangkitkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel