Nak beli korset seperti Premium Beautiful Korset, Korset Elken, Korset Cosway di Malaysia untuk kurang dan bentukkan badan? Bacalah ulasan ini sebelum melaburkan beribu-ribu ringgit.
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?
Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Jadi Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.
Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
- Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
- Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
- Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
- Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Kesimpulannya
Pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainy tapi mungkin ia dapat kurangkan kemampuan makan berlebihan dan ilusi bentuk badan yang lebih “cantik”.
Nak beli korset seperti Premium Beautiful Korset, Korset Elken, Korset Cosway atau yang lain ataupun tidak itu bergantung kepada individu. Dengan kos korset capai beribu-ribu ringgit, ia bukanlah pelaburan yang kecil-kecilan. Buatlah penilaian sendiri sebagai pengguna yang berhemat.
SUMBER: KEVINZAHARI
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel