≡ Menu

Bahaya Marathon Dengan Stroller: Si Manja Mungkin Terdedah Kepada…


STROLLER DAN ISU KESELAMATAN

Sebelum saya mulakan bicara saya mohon maaf terlebih dahulu kepada kelab-kelab larian yang mewakili kumpulan pelari-pelari dengan “strollers” (kereta dorong) jika terguris hati.

Tujuan penulisan ini berfokus kepada isu keselamatan dan lebih tertumpu kepada keselamatan anak dalam stroller semasa larian.

Penulisan ini tidak pukul rata bahawa semua ibu-bapa ‘stroller runners’ tidak mengamalkan keselamatan, namun terdapat segelintir yang ibu-bapa yang saya lihat membawa strollers ketika acara larian tidak menitik berat isu keselamatan anak.

Jangan salah faham…mereka yang saya kata ini juga mungkin bukan ahli kelab yang established. Saya yakin, kelab-kelab pasti memberi tahu ahli-ahlinya akan kepentingan “child safety”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

****************************************

Setakat pengalaman saya yang ciput lagi setahun jagung dalam acara larian ini memperlihatkan saya kepada sikap mengabaikan keselamatan anak-anak dalam stroller ketika acara larian.

Contohnya, dalam satu acara larian yang saya sertai awal tahun ini, saya dan beberapa pelari lain hampir terpijak seorang kanak-kanak yang secara tiba-tiba terjatuh keluar daripada stroller yang ditolak oleh seorang ibu semasa acara larian.

Anak kecil tersebut terjatuh kerana cuba memusingkan tubuhnya dalam stroller yang sedang bergerak kerana tidak dikemaskan pakaian tali pinggangnya dengan sempurna.

Sebenarnya pihak penganjur acara larian itu juga telah berkali-kali dalam laman media sosial rasmi untuk larian tersebut memberi peringatan bahawa laluan larian tidak sesuai untuk pelari membawa stroller. Namun ada juga yang bawa 😢

Dalam kejadian itu, tali pinggang anak kecil dalam stroller itu terbuka/tidak kemas menyebabkan anak kecil itu terjatuh keluar daripada stroller. Pelari dari belakang dan berhampiran dengan berbeza kelajuan mungkin tidak sempat mengelak dan boleh sahaja berlaku perkara yang tidak diingini.

Nasib baik kejadian ini berlaku di penghujung jarak larian di mana kebanyakkan pelari-pelari berlari agak perlahan dan masih sempat mengelak.

Cuba bayangkan jika ia berlaku di awal larian. Pelari-pelari berlari dalam keadaan sesak, rapat-rapat dan masih mempunyai larian yang bertenaga (sedikit kelajuan). Kalaulah terpijak….adoi, apakah kecederaan yang bakal dialami oleh anak kecil itu? Siapakah yang akan dipersalahkan?

Satu lagi saya lihat di Malaysia, kita boleh bahagikan kepada 2 jenis penganjuran dari segi penutupan jalan sepanjang laluan iaitu ‘penutupan penuh laluan’ atau ‘penutupan separa laluan’ daripada kenderaan.

Saya sendiri rasa risau jika acara larian yang saya masuk merupakan acara larian dengan penutup separa laluan sahaja daripada kenderaan. Malah tahun lepas dan awal tahun ini sahaja telah ada 2 kemalangan yang melibatkan kenderaan yang masuk ke laluan larian dan merempuh pelari. Pasti dalam kalangan pelari masih ingat kejadian yang berlaku di Klang dan di Kuantan sedikit masa lalu.

BACA:  Cuba 4 Makanan Ini Untuk Hentikan Tabiat Merokok! Insya'Allah Berkesan

Cuba bayangkan kalau ia berlaku terhadap ibu bapa yang bawa stroller dengan anak? Sudah pasti ia sesuatu yang kita tidak ingin bayangkan atau doakan agar ia berlaku.

Saya membawa perhatian kepada situasi ini kerana saya melihat terdapat segelintir ibu-bapa berstroller join acara larian yang hanya tutup separa sahaja laluan pelari daripada kenderaan.

Nak tambah dahsyat lagi, ada ibu-bapa yang ‘fit’ dan merupakan pelari-pelari dengan kelajuan hebat ini menolak stroller dengan ‘pace’ yang laju. Maka sudah pasti kedudukan pilihan mereka adalah di sebelah kanan laluan larian kerana trafik pelari-pelari yang slow kebanyakannya berada di sebelah kiri atau di tengah-tengah laluan larian.

Namun semakin rapat kita berlari di sebelah kanan jalan bermaksud semakin hampir dengan kenderaan yang lalu disebelah.

Saya juga pernah lihat seorang bapa yang menolak stroller cuba memotong slow runners bersama stroller yang di tolaknya ke kanan jalan tanpa menyedari telah masuk ke lorong kenderaan dan memang ada kenderaan di belakangnya. Kalaulahlah kenderaan tersebut terlanggar both parents dan anak dalam stroller tersebut…. 😢

****************************************

Di Malaysia, kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 18 tahun diberi perlindungan khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang diluluskan bagi tujuan menjaga kepentingan kanak-kanak iaitu kanak-kanak yang memerlukan jagaan, perlindungan dan pemulihan.

Kecuaian, kelalaian dan pengabaian oleh ibu bapa serta penjaga atau pendedahan kepada bahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian ke atas anak-anak boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kesalahan di bawah akta ini membabitkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan

****************************************

Habis tu, takkan parents yang ada anak kecil tidak boleh join acara larian? Berikut adalah cadangan saya bagi ibu-bapa aktif dan gemar berlari dan berstroller tapi dalam masa yang sama isu keselamatan kanak-kanak tidak diabaikan :

1. Semak dahulu acara larian yang ingin disertai. Mungkin pilihan terbaik adalah acara larian yang menutup sepenuhnya laluan daripada kenderaan (eg: larian highway, larian dalam taman, larian semasa car free day)

2. Patuh kepada syarat yang dikenakan oleh pihak penganjur terutama berkaitan syarat membawa stroller.

3. Acara larian yang menutup separa sahaja laluan kalau boleh elakkan. Maka bergilir-gilirlah suami-isteri untuk masuk acara larian bagi menjaga anak mereka. Kena ada sedikit pengorbanan. Elakkan dua-dua nak masuk acara larian tanpa memikirkan aspek keselamatan berstroller membawa bersama-sama anak dalam acara larian seperti ini.

BACA:  Muslim dan pembebasan Baitulmaqdis

4. Pastikan anak dalam stroller dipasangkan tali pinggang keselamatan secara kemas dan sempurna. Semak berkali-kali sebelum memulakan larian.

5. Elakkan menggunakan ‘head phone’ untuk mendengar lagu semasa berlari membawa stroller agar ibu-bapa yang menolak stroller peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling, di sepanjang larian.

6. Gunakan alatan seperti lampu berkelip dengan berpakaian baju larian yang ada ‘garis keselamatan’ (Reflector) agar mudah dilihat oleh pelari-pelari lain terutama bagi acara larian yang bermula ketika awal pagi ketika hari masih gelap.

7. Mulakan larian bersama-sama stroller di bahagian belakang sekali kumpulan pelari-pelari semasa di garis permulaan. Jangan laju sangat dan ‘mencilok-cilok’.

8. Pihak penganjur perlu lebih tegas dalam memastikan syarat larian dipatuhi terutama jika sudah ada syarat tidak membenarkan larian berstroller. Pihak penganjur dicadangkan untuk membuat semakan semasa di garisan permulaan sama seperti semakan pelari yang tidak mempunyai ‘bib’ dilakukan agar yang ingin memulakan larian berstroller juga dilarang atas faktor keselamatan dan ketidaksesuaian laluan di sepanjang acara larian tersebut.

9. Pastikan juga stroller yang digunakan adalah stroller yang bersesuaian untuk dibawa dalam acara larian. Saya tahu stroller jenis ini bukannya murah, namun bagi yang berkemampuan mungkin semasa memilih untuk membeli stroller, boleh memilih untuk mencari stroller jenis seperti ini. Jika tidak berkemampuan, maka sebagai ibu-bapa anda perlu melihat kepada kemampuan stroller dan kelajuan larian yang anda lakukan. Perkara ini penting kerana ia melibatkan kestabilan stroller semasa dibawa berlari dan memberi keselesaan kepada anak yang di dalam stroller tersebut.

10. Yang penting ibu-bapa dapat join acara larian. Maka tidak perlulah buat ‘Personal Best’ semasa menyertai sesuatu acara larian itu. Dapat habiskan larian dengan selamat bersama-sama anak itu lebih penting. Biar lambat asalkan selamat dan happy.

Itulah 10 cadangan daripada saya. Mungkin ada cadangan-cadangan lain yang boleh ditambah atau cadangan saya mungkin boleh diperhalusi lagi. Saya buka kepada perbincangan secara mesra dan muhibah. Semua orang berhak untuk berlari dan amalkan cara hidup sihat. Namun faktor keselamatan usah diabaikan.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel