≡ Menu

Bahaya Makan Kentang Yang Sudah Bertunas! Jangan Ambil Mudah Ya Ibu-Ibu Sekalian


Ramai antara kita biasa borong 1 beg kentang. Yelah, nak senang kan. Tak payah nak ulang-alik pergi kedai selalu.

Tapi ada masanya kalau terbeli banyak sangat, kita lupa nak masak kentang tu dan ia pun terbiar lama-lama sampai ada yang bertunas dan bertukar sedikit hijau pada kulitnya.

1. SELAMATKAH KENTANG YANG BERTUNAS UNTUK DIMAKAN?
Kentang yang telah bertukar kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas, selamat atau tidak untuk dimakan?

Menurut Bahagian Kesihatan Kualiti Makanan, adalah dinasihatkan lebih baik untuk anda tidak memakan kentang seperti ini.

Tapi, kenapa perlu buang?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. BAHAYA TOKSIK PADA KENTANG BERTUNAS & BERKULIT HIJAU
Menurut laman web poison.org, sebenarnya keseluruhan tumbuhan kentang mengandungi 2 jenis glykoalkaloid, iaitu solanine dan chacoline iaitu sejenis toksin yang boleh memudaratkan.

Kulit kentang yang berwarna hijau dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi.

Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

BACA:  Rawatan Buang Darah Untuk Mengubati Gout, Satu Penipuan!

Jadi, memakan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko kepada toksik solanine dan chaconine.

3. SIMPTOM KERACUNAN / KESAN MEMAKAN KENTANG BERTUNAS & BERACUN
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan simptom keracunan makanan seperti

  • cirit-birit
  • muntah
  • sakit pada bahagian abdomen
  • Sesetengah orang mungkin boleh mengalami sakit kepala, demam dan kekeliruan.

Tanda-tanda ini biasanya dapat dirasai dalam tempoh beberapa jam selepas memakannya.

4. KALAU ADA TUNAS SIKIT JE, TAKKAN TAK BOLEH MAKAN JUGAK?

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini.

Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Kalau ada sedikit saja tunas pada kentang, bolehlah dibuang bahagian tunas itu dan dimasak seperti biasa.

5. BOLEHKAH SIMPAN KENTANG DALAM PETI SEJUK SUPAYA TAHAN LAMA?

BACA:  Alamak! Nafas Bayi Anda Berbunyi? Bahaya Ke Tak? Baca Penjelasan Doktor Ini

Kentang tidak digalakkan untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Ini kerana kandungan kanji yang terkandung di dalamnya akan bertukar kepada gula akibat proses penyejukan. Ia boleh menyebabkan rasa kentang bertukar manis apabila dimasak.

Kadar toksik dalam ubi kentang juga boleh bertambah dengan suhu simpanan yang terlalu rendah selain disebabkan oleh kecederaan pada kentang, serta pendedahan kepada cahaya yang terlampau terang.

TIPS MEMBELI KENTANG
Jadi sebelum membeli, pilihlah kentang yang

  • berpermukaan licin,
  • tidak berwarna hijau dan
  • tidak mempunyai tunas.

Pastikan anda membeli kuantiti sekadar yang diperlukan supaya ia tidak tersimpan terlalu lama sehingga bertunas.

Untuk tips simpanan pula, pastikan kentang disimpan

  • di tempat yang mempunyai pengudaraan elok,
  • pada suhu bilik dan
  • jauh daripada sumber cahaya seperti berdekatan tingkap.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel