Tahukah ibu bapa, anak-anak yang mendapat tidur yang cukup membantu otak mereka untuk berfungsi dengan baik dan membesar menjadi anak yang bijak. Menurut satu laporan, waktu tidur minimum yang diperlukan bagi bayi adalah 12 jam, anak berusia 3-4 tahun adalah 11 jam dan bagi anak berusia 5-7 tahun adalah 10 jam.
Menerusi perkongsian Dr. Taufiq Razif seperti di bawah, terdapat beberapa kesan negatif yang akan berlaku kepada anak-anak anda jika mereka kekurangan tidur. Salah satunya memberi kesan pada emosi iaitu anak akan membesar menjadi seorang yang pemarah. Kalau anak anda suka buat perangai, apa kata semak semula waktu tidur mereka!
Maryam Soolihah ni dulru jenis burung hantu jugak. Ya Allah, kadang tu sampai pukul 2 pagi pun tak tidur lagi.
Saya tertanya-tanya, kenapa ye?
Rupanya tengah-tengah malam dia senyap-senyap bukak handphone Ummi dia. Dia layan video dia sendiri tengah-tengah malam buta! Fuh! Nasib baik off internet!
Cuma memang cahaya daripada skrin handphone ni boleh buat fikiran anak jadi overload dan akhirnya jadi susah tidur.
Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada kurang tidur tu sendiri. Anak-anak yang tidur tak cukup ni boleh tumpul daya pemikiran dia disebabkan oleh prefrontal cortex otak yang tak berfungsi dengan baik.
Anak yang kurang tidur pun akan jadi lebih pemarah, tak pandai bersosial, lebih selfish dan juga jadi lemah ingatan!
Jadi kalau nak anak tu jadi bijak bila dah besar nanti, jaga masa tidur si comel kita mulai sekarang ye.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel