≡ Menu

Bahaya Anak-Anak Terlebih Makan Garam, Ibu Bapa Perlu Cakna Pemakanan Anak-Anak


Bagi seorang suri rumah merangkap seorang ibu pasti anda gemar letakkan garam pada makanan yang dimasak untuk menjadi salah satu penyedap masakan harian. Tetapi ramai di antara para ibu yang terlepas pandang dan meletakkan garam pada makanan anak yang berusia 2 tahun.

Mungkin mereka yang tahu tentang info ini rasa macam tidak memudaratkan kalau letak sedikit saja dalam masakan anak. Ini penjelasan Dr Zubaidi tentang kenapa garam tidak dibenarkan dalam makanan anak yang berusia umur 2 tahun ini.

BACA:  Banyak Jugak Manfaat Daun Kari! Penyakit Kronik Pun Boleh Dirawat

Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium pada setiap hari. Boleh dikatakan sebanyak 1,000 mg dari tahap yang dibenarkan. Kebanyakan mereka yang mengambil kira-kira 3,500 mg natrium sehari manakala yang disarankan hanyalah 2,300 mg natrium dalam sehari.

Punca utama mendapat penyakit jantung dan kerosakan ginjal dalam jangka yang panjang adalah kerana pengambilan garam yang terlalu banyak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beberapa jenis makanan yang mengandungi garam lebih daripada yang disarankan selalunya akan berda dalam makanan segera seperti pizza, mi segera, sup segera dan makanan ringan.

BACA:  Mandi Limau Nipis Dan Ais Untuk Mengurangkan Gangguan Jin. Ini Sebabnya..

Secara kesimpulannya, tidak hairanlah jika remaja seusia awal 20 tahun telah mengalami penyakit tekanan darah tinggi. Ingat warga emas saja yang boleh kena penyakit ini? Jika kita sebagai ibu yang prihatin, jagalah pemakanan anak-anak kecil anda untuk kesihatan mereka di masa depan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel