≡ Menu

Bagaimana Caranya Anda Menjadi Wanita Yang Di Tempatkan Di Syurga Kelak?


Siapa yang layak mendapat pahala dan layak memasuki syurga tidak ditentukan oleh jantina. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang sama di hadapan Allah s.w.t. Apa yang membezakan antara keduanya ialah takwa.

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

“Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslimah, lelaki Mukmin dan perempuan Mukminah, lelaki yang taat serta perempuan yang taat, lelaki yang benar serta perempuan yang benar, lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, lelaki yang merendah diri serta perempuan yang merendah diri, lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”

BACA:  Kisah Uwais Al-Qarni Yang Sangat Terkenal Di Langit! Tetapi Tidak Di Bumi!

Surah al-Ahzab:35

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Siapa mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dan mereka adalah orang yang beriman, mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”

Surah an-Nisa’:124

Oleh itu, untuk menjadi wanita syurga, Allah mestilah diutamakan dalam segala-galanya. Tumpuan calon wanita syurga adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dalam setiap urusan yang dilakukan.

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

“Beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri mereka daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri-isteri ataupun hamba sahaya mereka. Sesungguhnya mereka tidak tercela. Siapa mencari yang disebalik itu, mereka itu orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang yang menjaga amanah dan janji serta tetap memelihara solatnya, mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi syurga firdaus dan mereka kekal di dalamnya.”

BACA:  Rezeki dan Jodoh Telah Tertulis di Luh Mahfuzh?

Surah al-Mukminun:1-10

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

“Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.”

Riwayat al-Tirmizi

Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang menurut perintah Allah dan Rasulnya, anak yang patuh kepada ibu bapa, isteri yang menyokong kebaikan suami, dan ibu yang mendidik generasi soleh dan solehah.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel