≡ Menu

Badan Cepat Naik Berat? Nah! 10 Cara Meningkatkan Kadar Metabolisma!


Metabolisme merupakan faktor penting yang dapat membantu mengekalkan berat badan tetapi ia bergantung kepada beberapa perkara. Terdapat individu yang mempunyai kadar metabolisme yang cepat dan tinggi. Seorang individu lelaki cenderung untuk membakar lebih banyak kalori berbanding wanita, walaupun semasa berehat. Berikut adalah tip untuk meningkatkan kadar metabolisme.

Bina otot
Walaupun anda tidak melakukan apa-apa, badan anda akan sentiasa membakar kalori. Namun, kadar metabolisme ini adalah lebih tinggi kepada individu yang mempunyai lebih banyak otot. Setiap paun otot menggunakan sebanyak 6 kalori sehari untuk mengekalkan bentuknya, manakala lemak dibakar hanya 2 kalori setiap hari. Selepas sesi senaman, latihan kekuatan, kadar purata metabolisme akan meningkat.

Minum banyak air
Individu yang mengamalkan minum air kosong berbanding minuman bergula adalah lebih berjaya menurunkan berat dan mengekalkan berat badan. Ini kerana minuman bergula mengandungi kalori, jadi menggantikannya dengan air kosong secara tidak langsung mengurangkan kadar pengambilan kalori. Meminum air juga membantu mempertingkatkan metabolisme, kerana badan memerlukan air untuk memproses kalori. Efek pembakaran kalori akan menjadi lebih baik jika anda meminum air sejuk, kerana badan akan menggunakan tenaga untuk menyesuaikannya dengan suhu badan.

Aerobik
Senaman aerobik mungkin tidak dapat membina otot, tetapi ia dapat meningkatkan metabolisme dalam tempoh berjam-jam selepas melakukan aktiviti membina otot. Perkara yang penting adalah untuk menguatkan keinginan diri untuk melakukannya. Senaman berintensiti tinggi akan memberikan peningkatan kadar metabolik yang lebih besar dan lebih panjang berbanding senaman intensiti rendah atau sederhana.

BACA:  Alangkah Indahnya Jika Kita Ini Isteri Yang Solehah. 5 Hadis Tentang Isteri Solehah

Berdiri
Duduk untuk tempoh yang lama adalah tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana ia membakar kalori pada kadar yang rendah dan cenderung menyebabkan pertambahan berat. Berdiri ketika waktu tengahari ketika melakukan pekerjaan boleh membakar ekstra kalori.

Teh hijau, oolong
Kedua minuman teh ini dikatakan dapat membantu mempertingkatkan metabolism sehingga 4-5%. Teh ini membantu menukar lemak yang terkandung dalam badan kepada asid lemak bebas, yang mungkin dapat membakar lemak sehingga 10-17%. Ia adalah minuman rendah kalori, malah ia baik untuk mengurangkan dan mengekalkan berat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Snek sihat
Makan lebih kerap dapat membantu menghilangkan berat. Apabila anda memakan satu hidangan besar ia akan membuatkan anda kenyang untuk tempoh yang lama dan menjadi kadar metabolisme anda rendah dan perlahan. Mengambil snek sihat dalam kuantiti yang kecil setiap 3 hingga 4 jam, mengejutkan metabolisme dan ia menyebabkan pembakaran kalori akan menjadi lebih dari biasa.

Makanan pedas
Cili mengandungi capsaicin – bahan kimia semula jadi yang boleh meningkatkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Kesannya mungkin bersifat sementara, tetapi jika anda kerap memakan makanan pedas, ia mungkin dapat mempertingkatkan manfaatnya. Namun, bukan semua individu boleh menerima makanan pedas.

BACA:  Hukum Menindik Di Bahagian Selain Daripada Cuping Telinga. Adakah Ia Dibenarkan Dalam Islam?

Protein
Badan anda membakar lebih banyak kalori yang dicerna protein berbanding makanan berlemak atau karbohidrat. Untuk diet yang seimbang, anda boleh gantikan beberapa karbohidrat dengan makanan tanpa lemak yang kaya protein untuk meningkatkan metabolisme pada waktu malam. Antara sumber protein yang baik adalah termasuk daging tanpa lemak, ayam belanda, ikan, ayam tanpa kulit, tauhu, kekacang, kacang, telur dan produk tenusu rendah lemak.

Kopi
Jika anda seorang penggemar kopi, anda pasti sukakan tenaga dan peningkatan tumpuan yang diperolehi. Diambil dalam kuantiti yang sederhana, salah satu manfaat jangka pendek kopi adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dengan 3-11% dan sama seperti teh hijau – ia juga membantu pembakaran lemak. Kopi membantu anda mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan ketika bersenam.

Tidur
Kekurangan tidur cenderung menyebabkan risiko obesiti. Ini mungkin disebabkan kesan negatif tidak mendapat tidur yang mencukupi kepada metabolisme badan. Tidak cukup tidur juga mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin, yang berhubung kait dengan risiko perkembangan diabetes type 2.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel