≡ Menu

Bacaan Untuk Para Suami: Hukum Suami Makan Harta Isteri Cara Haram!


Firman Allah Taala :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

artinya : “Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil.”
(An-Nisaa’: 29)

Dan Rasulullah saw bersabda :

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

artinya : “Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan daripadanya.” (Hadith Abu Daud)

Hukum-hukum yang berkaitan :

– Adalah haram dan berdosa suami mengambil tanpa izin harta isterinya sendiri seperti mencuri, merampas, meminjam dengan tujuan tidak mahu membayarnya kembali.

BACA:  Benarkah Hadis Membunuh Cicak? Ini Penjelasan Yang Sebetulnya!

– Haram juga suami tidak mahu membayar hutang maskawin isterinya dengan alasan suami sudah pun memberi nafaqah makan minum kepada isterinya.

– Suami wajib membayar semula segala harta isteri yang diambilnya dengan jalan yang batil.

– Jika suami tidak mempunyai harta untuk membayar semula segala harta yang pernah ia ambil dengan cara yang batil maka jadilah suami dikira berhutang dengan isterinya.

– Jika suami berkata kamu isteri yang derhaka sebab tidak mahu halakan hutang suami maka perkataan suami itu lagha yakni tidak terpakai bahkan suamilah yang derhaka kepada Allah.

BACA:  Masalah Menulis إن شاء الله Dalam Ejaan Rumi...Ini Jawapan Oleh Ustaz Azhar Idrus

– Jika isteri menghalakannya maka terlepaslah suami dari dosa dan hutang jika ada.

– Sunat isteri menghalalkan hutang suami dan memaafkan perbuatan suami tersebut tetapi tidak wajib.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel