Allahu, sedih bila baca perkongsian lelaki ini di mana anaknya mengadu yang dia dianggap miskin hanya kerana tidak memiliki barang-barang Smiggle seperti rakan-rakannya yang lain. Ibu bapa sepatutnya mengajar anak berhati-hati dalam pertuturan agar tidak menyakiti hati rakannya secara tidak sengaja.
Jangan dipandang remeh perkara seperti ini kerana jika ibu bapa tidak bertindak awal, anak-anak akan terbawa perangai yang suka menilai orang lain sesuka hati sehingga tidak tersedar terguris hati mereka. Didiklah anak dengan baik, jangan ajar mereka memandang rendah pada orang miskin kerana tiada sesiapa yang ingin hidupnya dalam keadaan miskin. Semoga bermanfaat.
Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin.
Begitulah ungkapan anak aku lepas pulang dari sekolah semalam. Bila ditanya kenapa, dengan muka sedih dia jawab,
“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila dorang tengok saya takda barang Smiggle, dorang kata saya orang miskin.”
Ya, Smiggle.
Sejenis brand menjual fashionable stationery dengan harga premium untuk kanak-kanak especially perempuan.
Selepas mendengar si anak mengadu, aku barasa sedih.
Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.
Ibubapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah.
Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana takda Smiggle, sebenarnya ibubapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda.
Bila masuk outlet terkejut tengok harga mahal. Lepas tu cakap kat anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya je boleh beli barang macam ni. Dan macam-macam lagi lah jawapan diberi.
Selepas beberapa waktu, ibubapanya belikan juga.
Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan takda Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.
Lama kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara.
Sumber : Hazrezal Ahmad
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel