≡ Menu

Awas! Tabiat Main Telefon Dalam Tandas Mungkin Menyebabkan Anda Buasir!


Buasir (Hemoroid/Hemorrhoid) adalah salah satu penyakit yang amat bahaya sekiranya tidak dicegah dan dirawat dengan cepat. Ramai yang menghidapi masalah ini namun tidak mengetahui dengan jelas antara punca yang boleh menyebabkan buasir berlaku.

Tahukah anda, salah satu faktornya adalah tekanan yang terlalu kuat yang diberikan ketika meneran yang pada akhirnya menyebabkan simptom buasir tersebut terjadi. Namun, terdapat satu keadaan lain di mana tabiat individu membawa telefon pintar untuk ‘menemani’ mereka ketika membuang air besar sebenarnya meningkatkan risiko untuk mendapat buasir.

Bagaimana keadaan ini berlaku? Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah.

Buasir terjadi dalam dua keadaan
Haemorrhoids atau buasir ini boleh terjadi dalam dua keadaan, iaitu sama ada buasir dalaman atau buasir luaran. Buasir dalaman terjadi di bahagian dalam saluran dubur manakala buasir luaran pula terjadi di bahagian luar saluran tersebut.

Menurut Dato’ Dr Meheshinder Singh, Pakar Perunding Pembedahan Am yang juga Pakar Bedah Kolorektal di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah buasir.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara punca-punca tersebut adalah, penuaan, kehamilan, masalah sembelit, mengangkat benda-benda berat dan meneran secara berlebihan semasa membuang air besar.

Risiko buasir melalui ”Toilet Newspaper Syndrom”
Gambar sekadar hiasan
Beliau juga menambah bahawa terdapat satu keadaan lain yang turut merisikokan seseorang individu untuk mendapat masalah buasir iaitu “toilet newspaper syndrom.”

Keadaan di mana seseorang duduk terlalu lama di mangkuk tandas kerana ditemani bahan bacaan seperti surat khabar. Mungkin pada zaman sekarang, orang ramai tidak lagi membawa masuk surat khabar bersama-sama mereka ke tandas.

Kini surat khabar digantikan dengan telefon pintar
Walau bagaimanapun, tabiat ini masih berlaku memandangkan surat khabar telah digantikan dengan sesuatu yang lebih bersifat interaktif dan mengasyikkan iaitu gajet seperti telefon pintar.

BACA:  Terlalu Banyak Khasiatnya! Gunakan Halia Setiap Pagi, Anda Akan Rasa Perubahannya!

Bahkan terdapat individu yang masih sempat bermain game di telefon pintar ketika membuang air besar. Tabiat seperti inilah yang turut menyebabkan seseorang individu itu mendapat masalah buasir.

Dinasihatkan jangan bawa bahan bacaan atau gadjet ketika membuang air besar
Dr Meheshinder mencadangkan agar setiap individu tidak membawa bersama bahan bacaan atau gajet seperti telefon bimbit ketika membuang air besar di tandas agar boleh memendekkan tempoh anda duduk di mangkuk tandas tanpa keperluan.

Mengulas mengenai rawatan penyakit ini, beliau berkata bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih berasa malu dan segan untuk berjumpa doktor bagi menyatakan masalah yang mereka hadapi apatah lagi jika ia berkaitan dengan masalah yang melibatkan bahagian sulit pada tubuh.

“Kesakitan yang dialami seperti rasa pedih dan pendarahan yang berlaku menjadi faktor pencetus untuk seseorang individu mula berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan,” katanya semasa program “Don’t Sit on It Lah” Daflon Roundtable Session di Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Dato’ Dr Ho Teik Kok, Pakar Perunding Pembedahan Am yang juga Pakar Bedah Vaskular/ Endovaskular di KPJ Damansara Specialist Hospital; Datin Mariani Ahmad Nizaruddin, Naib Presiden Persatuan Farmasi Malaysia dan Yvonne Lee Shu Yee yang merupakan bekas penderita buasir.

Selain itu, Dr Meheshinder turut menyarankan setiap individu yang berumur 45 tahun dan ke atas agar mendapatkan pemeriksaan proktoskopi untuk melihat rongga dubur, rektum atau kolon sigmoid. Proktoskopi adalah tiub logam yang pendek, lurus dan berongga, dan biasanya mempunyai mentol kecil yang dipasang pada hujungnya untuk membantu melihat saluran dubur.

BACA:  Bilakah Waktu Paling Afdhal Untuk Memberi Nama Kepada Bayi? Ini Jawapannya

Selain daripada pemeriksaan proktoskopi, doktor juga akan melihat kepada sejarah perubatan seseorang individu, melakukan pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian tambahan seperti ujian sampel najis atau kolonoskopi.

Deit yang tidak sihat sumbang kepada masalah buasir
Sementara itu, Datin Mariani menambah bahawa diet yang kurang atau tidak sihat turut menyumbang kepada kewujudan masalah buasir terhadap seseorang. Beliau menyarankan kepada setiap individu agar memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti buah betik dan buah pisang seiring dengan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan masalah sembelit. Sembelit diketahui menjadi antara punca terjadinya masalah buasir.

Datin Mariani turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia mempunyai tabiat mencari ubat sapuan atau topikal di farmasi komuniti untuk melegakan setiap kesakitan yang dialami berbanding daripada berjumpa dengan doktor untuk membincangkan masalah yang dialami. Hal-hal inilah yang menjadikan sebahagian besar rakyat Malaysia kekal mengalami buasir tanpa mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan keperluan diri individu.

Ubat seperti Daflon 500mg yang dihasilkan oleh Servier, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa yang ditadbir oleh yayasan yang tidak berasaskan keuntungan di Perancis, turut berkesan dalam memberikan kelegaan terhadap masalah buasir yang terjadi.

Ia bertindak dalam mengurangkan keradangan atau iritasi selain memberikan perlindungan terhadap saluran darah dalam bahagian rektum. Semasa proses penghasilan ubat ini, partikel yang terkandung bahan aktif Daflon 500mg melalui proses khusus yang dipanggil sebagai “micronization” yang memberikan kelebihan penyerapan ubat yang lebih pantas di dalam usus yang akhirnya memberikan kelegaan simptom penyakit ini dengan cepat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel