≡ Menu

AWAS!! Sifat Malas Dan Boros Punca Sifat Sifat Terkeji Dalam Islam


Manusia digesa berjuang menundukkan nafsu. Menurut Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menerusi rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMfm, seberat-berat musuh bagi manusia adalah nafsu kerana ia mampu menjerumuskan manusia ke arah kejahatan di dunia ini.

Petanda kemusnahan sahsiah masyarakat dan umat ialah apabila mereka begitu mudah mengikut hawa nafsu, berusaha memenuhi dan menghapuskan segala rintangan yang menghalang mereka daripada memperoleh apa dikehendaki.

Sesungguhnya, jiwa dan diri manusia memerlukan masa yang panjang untuk memperbetulkan tabiat, serta sikap selain mempunyai tenaga mencukupi bagi membendung hawa nafsu seperti menundukkan perasaan tamak haloba.

Menerusi rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menyatakan, seberat-berat musuh bagi manusia adalah nafsu yang mampu menjerumuskan mereka ke arah kejahatan di dunia ini.

Baginda SAW menegaskan dalam hadis daripada Ibn ‘Abbas: “Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Hakikatnya, nafsu perlu ada dalam diri kita, tetapi nafsu itu hendaklah dididik. Nafsu jika tidak dididik dan dijinakkan maka akan mendatangkan kerosakan kepada diri di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Maka, wajiblah seseorang itu mendidik nafsu dan bagi tujuan itu sewajarnyalah kita mengetahui akan tingkatan nafsu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?” (Surah al-Furqan, ayat 43)

BACA:  Solat Ketika Saat Mahu Bersalin. Baca Penjelasan Syarak Mengenai Hukumnya

Berjuang tundukkan nafsu

Berasaskan gambaran yang diberikan al-Quran itu, Nabi Muhammad SAW menggesa umat Baginda berjuang menundukkan nafsu. Tidak dinafikan, usaha melawan hawa nafsu bukan sesuatu yang mudah dilakukan, sebaliknya menuntut seseorang itu bermujahadah dan tidak melengah-lengahkan menanganinya.

Apabila dikatakan manusia itu hebat dalam mendidik nafsunya, ia merujuk kepada usaha berterusan menjaga dan mengawal segala nikmat anggota badan, serta pancaindera yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Nafsu mempunyai dua sifat iaitu membawa kebaikan (mahmudah) dan pada masa sama boleh mendorong melakukan keburukan (mazmumah). Kedua-dua jenis nafsu itu saling menguasai diri seseorang.

Jika mahmudah yang lebih kuat, maka banyak kebaikan yang dilakukan. Jika mazmumah yang lebih berkuasa, maka terjelmalah lebih banyak keburukan dan derhaka.

Muhammad mengupas secara terperinci mengenai dua jenis nafsu yang membawa manusia ke arah keburukan. Pertama, nafsu yang mengajak bersifat malas dan malas berpunca daripada syaitan.

Sungguh halus bisikan syaitan supaya kita tunduk kepada nafsu. Inilah yang membuatkan kita menjadi malas beribadah atau menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.

Diriwayatkan dalam satu hadis: “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan: Malam masih panjang maka tidurlah. Apabila seorang kamu terjaga daripada tidur, lalu menyebut nama Allah, nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas.”

BACA:  Sering Doakan Anak Menjadi Soleh, Anak Dah Ingat 23 Juzuk Pada Usia 13 Tahun

Seterusnya, nafsu yang disifatkan sebagai berlebih-lebihan atau melampaui batas yang disyariatkan Islam. Dalam konteks ini, salah satu contoh yang dapat dikaitkan ialah sifat boros yang lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israa, ayat 27)

Peranan suami bimbing isteri

Justeru, dalam institusi rumah tangga, suami perlu memainkan peranan membimbing dan menasihati isteri secara hikmah. Elakkan daripada terus menghukum atau melakukan perubahan secara drastik.

Sebaliknya, dikendalikan secara berperingkat supaya pasangan mampu mengekang hawa nafsu secara berlebih-lebihan dalam urusan seharian. Sentiasalah berwaspada dalam sebarang tindakan.

Jangan mudah terpengaruh dengan nafsu yang membawa kepada keburukan. Kebaikan diperoleh hasil melakukan kejahatan tidak akan membawa kesenangan atau kebahagiaan. Jika sering melakukan perkara baik, itulah kebahagiaan hidup sebenar.

sumber: Berita Harian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel