≡ Menu

Awas!! Penggemar Makanan Pedas Berisiko Untuk…


Bagi kebanyakan orang, setiap hidangan tidak lengkap andai kata tidak diselitkan dengan rasa pedas seperti sambal atau serbuk cili. Malah, ada yang menggigit cili api secara mentah-mentah, baru pedasnya terasa puas.

Namun, melalui satu kajian terbaru yang dijalankan, mungkin anda yang gemarkan rasa pedas akan berfikir dua kali sama ada mahu menambahkan rasa pedas atau tidak dalam hidangan anda selepas ini.

Gambar sekadar hiasan
Pengkaji dari Universiti of South Australia dan Qatar University mendapati bahawa individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi untuk mengalami dementia (nyanyuk, pelupa atau masalah memori).

BACA:  Ramai Tak Tahu Kenapa Nyamuk Takut Dengan Pepatung!

Dalam kajian tersebut, penyelidik mengkaji seramai 4,582 orang dewasa berusia 55 tahun dan dewasa lebih dari 15 tahun di mana pengambilan makanan beserta memori mereka dipantau.

Apa yang mengejutkan, keputusan kajian mendedahkan peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari berisiko dua kali ganda mengalami masalah penurunan memori dan kognisi yang lemah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Keputusan itu turut mendedahkan masalah penurunan memori itu lebih mudah berlaku sekiranya penggemar makanan pedas adalah daripada mereka yang bertubuh kurus.

Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata,

BACA:  Pengaruh Gajet Terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia Berada Di Tahap Yang Sangat Membimbangkan

“Pengambilan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu.

”Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, kami mendapati terdapat kesan buruk terhadap golongan dewasa terutamanya orang tua.”

Satu analisis diet peserta juga menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua cili segar dan kering memberikan kesan ke atas daya ingatan, tetapi tidak bagi pengambilan capsicum atau lada hitam.

Walaupun begitu, kajian kini masih diteruskan bagi mencari penjelasan yang tepat terhadap perkara ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel