≡ Menu

Awas Jika Kencing Berbau Busuk. Anda Mungkin Menghidap Penyakit Kronik Ini


Normal untuk air kencing anda berbau. Akan tetapi, jika air kencing anda selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!

Punca lazim yang menyebabkan kencing berbau
Air kencing biasanya berwarna jernih atau kuning pucat, dengan sedikit bau. Antara perkara yang membuatkan air kencing anda berbau kuat adalah apabila anda makan sesuatu jenis makanan atau minuman tertentu seperti kopi atau petai, apabila anda mengalami dehidrasi, makan sesetengah jenis ubat, dan makan suplemen vitamin B6.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan semua bau air kencing anda kepada normal dengan cara minum banyak air kosong.

Bagi mengelakkan air kencing berbau, anda perlu mengurangkan minum kopi atau alkohol, tidak makan makanan yang berbau seperti bawang putih, asparagus, jering, dan petai kerana ia mengandungi bauan kimia yang kuat yang akan melalui air kencing anda, serta jangan mengambil lebih daripada 10mg vitamin B6 sehari.

BACA:  Perbezaan Sakaratulmaut Orang Yang Beriman Dan Tidak Beriman
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bila saya perlu berjumpa doktor?
Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor kerana masalah kencing berbau anda mungkin bukan disebabkan oleh punca lazim yang dinyatakan sebelum ini.

Jika anda kencing lebih kerap, atau tiba-tiba rasa hendak terkencing
Anda rasa sakit atau rasa melecur semasa terkencing
Terdapat darah pada air kencing anda
Anda rasa sakit pada bahagian bawah perut
Rasa letih dan tidak sihat
Rasa keliru atau terganggu
Tanda-tanda tersebut adalah sebahagian daripada simptom kencing kotor atau UTI.

BACA:  [TERKINI] 2 Pejuang al-Qassam dan 2 Orang Awam Terkorban!

Adakah saya ada penyakit lain?
Jangan mendiagnosis diri sendiri. Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami simptom lain yang menyebabkan air kencing anda berbau. Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui apakah penyebab sebenar penyakit anda.

Simptom Kemungkinan Penyakit
Berasa sangat dahaga dan penat, kencing lebih kerap daripada biasa dan kencing bau manis Diabetes Jenis 2
Sakit bahagian bawah belakang, sakit semasa kencing, kencing berdarah Batu karang
Kulit dan mata kuning (jaundis), sakit perut, mual, muntah

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel