≡ Menu

Awas Ibu bapa, Telinga Anak-Anak Kecil Lebih Mudah Dijangkiti Berbanding Telinga Orang Dewasa.


 

Smiling human child hand listening deaf ear gossip

KENAPA TELINGA ANAK KITA LEBIH MUDAH DIJANGKITI KUMAN?

“Doktor, kenapa telinga anak saya dah beberapa bulan asyik berair saja, kering sekejap, kemudian keluar lagi… susah nak baik,” keluh si ibu.

Soalan seumpama ini bukanlah jarang ditemui oleh mana-mana doktor. Kes-kes seperti ini boleh dikatakan kerap berlaku khususnya di kalangan kanak-kanak. Persoalannya, mengapa?

**********************************

Beberapa sebab mengapa anak-anak kita kerap dan mudah untuk mendapat jangkitan pada telinga. Telinga kerap berair:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Struktur salur dipanggil eustachian tube pada kanak-kanak yang lebih pendek dan ‘horizontal’ berbanding orang dewasa.

BACA:  Fouzi Juneidy - Pejuang muda Palestin!

2. Ini menyebabkan aliran udara dan cecair daripada telinga tengah ke bahagian belakang hidung tidak begitu baik, jadi pengumpulan cecair di telinga tengah ini menyebabkan jangkitan pada telinga lebih mudah berlaku.

3. Struktur eustachian tube yang lebih ‘horizontal’ ini juga menyebabkan jangkitan daripada belakang hidung ketika sakit tekak dan selsema ini mudah untuk merebak ke bahagian telinga.

4. Apabila kita menelan, eustachian tube ini akan membuka. Sama seperti apabila bayi yang menyusu, apabila tiub ini membuka ketika menyusu, ini menyebabkan susu akan mudah mengalir ke bahagian telinga tengah dan mudah jangkitan berlaku!

**************************************

Petua dan langkah yang perlu anda lakukan :

1. Pastikan apabila anak anak anda mengalami sakit tekak dan selsema berlarutan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Lewat mendapatkan rawatan akan menyebabkan jangkitan merebak ke telinga.

BACA:  Mandi Limau Nipis Dan Ais Untuk Mengurangkan Gangguan Jin. Ini Sebabnya..

2. Pastikan telinga anak anda kering sekiranya mengeluarkan apa-apa cecair daripada telinga.

3. Kurang dan elakkan membawa anak anak mandi di kolam atau pantai yang kotor.

4. Jangan masukkan apa2 ubat atau air untuk tujuan pembersihan telinga yang telah mengalami jangkitan.

Nota gambar:

Saya kongsikan kepada anda dua gambar yang menjelaskan bagaimana struktur eustachian tube yang saya sebut tadi. Strukturnya yang lebih ‘flat’ pada kanak kanak menyebabkan jangkitan mudah berlaku.

Jika anda rasa tulisan ini amat bermanfaat. #Kongsilah kepada mereka yang anda sayang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel