≡ Menu

Awas Dengan Kasut Display Di Kedai Kasut! Ia Mungkin Dijangkiti Sepsis!


Mencuba kasut di pasar raya sebelum membelinya, bukanlah suatu perkara yang asing, dan kami yakin semua pernah mencubanya. Nak ukur saiz terlebih dahulu dan paling penting untuk memastikan kasut tersebut selesa disarungkan di kaki nanti. Tapi siapa sangka, tabiat sebgitu sebenarnya sangat-sangat berbahaya, dan boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan kuman berbahaya, yang berkemungkinan boleh meragut nyawa.

Seperti yang dilaporkan sebuah portal berita antarabangsa, The Sun, dimana seorang kanak-kanak perempuan telah mengalami jangkitan kuman, sepsis, pada bahagian kaki hanya disebabkan mencuba beberapa pasang kasut baru yang disediakan di pusat membeli belah.

Sienna Rasul, 4, mengalami demam beberapa hari selepas ibunya membawanya keluar membeli belah. Sienna dikatakan telah memakai kasut tersebut tanpa mengenakan stokin dahulu sebagai perlindungan.

BACA:  Kenapa Islam Suruh Kita Buat Baik, Rupanya Ada Manfaat Kesihatan!!

Ibunya, Jodie Thomas, 26, kemudian membawa Sienna ke hospital sebelum doktor yang merawat mengesahkan Sienna menghidapi sepsis yang berpunca daripada jangkitan kuman, dipercayai yang ada pada kasut yang dicubanya di pasar raya.

Malah, doktor memberitahu bahawa Sienna mungkin boleh kehilangan nyawa sekiranya seandainya bakteria tersebut memasuki dan merebak ke seluruh badan akibat luka terdedah ketika kasut itu dicuba.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut Jodie, anaknya mungkin mempunyai calar atau luka kecil pada kaki ketika hari kejadian di mana di membawa anaknya ke pusat membeli belah. Sienna juga dimasukkan ke hospital selam lima hari dan bertuah kerana dibawa ke hospital lebih awal.

”Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa sepsis tersebut berlaku akibat jangkitan kuman pada kasut yang dicubanya.

”Saya merasa sangat risau apabila doktor terpaksa mengeluarkan nanah-nanah yang ada pada sepsis itu. Biasanya Siena akan memakin stokin ketika keluar daripada rumah, namun pada hari itu, ketika musim panas, kami hanya mengenakan selipar sahaja.

BACA:  Tinggal Solat Jumaat Sebab Bertebung Dengan Kelas/Kerja? Ini Jawapan Mufti

”Kasut yang Siena suka itu sebelum ini telahpun dicuba oleh kanak-kanak lain beberapa kali. Mungkin itulah pucanya sepsis merebak dan menjangkiti Siena,” kata ibunya.

Sienna dilaporkan sudahpun dibenarkan keluar daripada daripada Hospital Prince Charles, namun keadaanya masih lagi perlu dipantau oleh hospital.

”Kamu tidak akan pernah tahu, siapa sebelum ini yang mencuba kasut tersebut. Sienna sangat-sangat sakit. Jangkitan tersebut sudahpun merebak ke seluruh badannya.

”Kami bertuah kerana cepat mendapatkan rawatan untuk anak kami,” kata Jodie lagi.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel