Perkembangan fizikal dan mental anak anak amatlah penting bagi ibubapa. Ibu bapa perlu peka dengan progress pembesaran dan kesihatan anak-anak. Perilaku dan tindak balas mereka terhadap stimulus dan orang sekeliling mungkin hasil tindak balas tumbesaran mereka. Dalam usia yang sebegini, kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti. Sekiranya mereka tidak mendapat tidur yang cukup, ini mungkin memberi kesan terhadap perangai mereka, dan tumbesaran mereka.
Sekiranya anak-anak anda diberi kelonggaran untuk memiliki telefon bimbit, anda perlu mengawasi penggunaan nya kerana jika tidak dibendung, mereka cenderung untuk tidur lambat. Dengan adanya hiburan bergerak ditangan mereka, mereka bebas melayari youtube, menonton kartun, dan juga bermain permainan di telefon bimbit mereka sehingga larut malam. Kesan buruk daripada ini, mungkin akan menyebabkan anak-anak anda lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya. Perkara ini lebih membawa padah sekiranya anak-anak anda sudah bersekolah. Fikirkan bagaimana mereka hendak fokus dalam pelajaran, sedangkan mereka tidak mendapat tidur yang mencukupi.
Berikut adalah perkongsian Dr. Razif Taufiq :
Maryam Soolihah ni dulu jenis burung hantu jugak. Ya Allah, kadang tu sampai pukul 2 pagi pun tak tidur lagi. Saya tertanya-tanya, kenapa ye? Rupanya tengah-tengah malam dia senyap-senyap bukak handphone Ummi dia. Dia layan video dia sendiri tengah-tengah malam buta! Fuh! Nasib baik off internet!
Cuma memang cahaya daripada skrin handphone ni boleh buat fikiran anak jadi overload dan akhirnya jadi susah tidur. Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada kurang tidur tu sendiri. Anak-anak yang tidur tak cukup ni boleh tumpul daya pemikiran dia disebabkan oleh prefrontal cortex otak yang tak berfungsi dengan baik. Anak yang kurang tidur pun akan jadi lebih pemarah, tak pandai bersosial, lebih selfish dan juga jadi lemah ingatan!
Jadi kalau nak anak tu jadi bijak bila dah besar nanti, jaga masa tidur si comel kita mulai sekarang ye.
SUMBER: SK
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel