≡ Menu

Awas 5 Tanda Anak Mula Menjadi Bos Kepada Ibu Dan Ayah!


Bagi pasangan yang berkahwin, kehadiran anak-anak adalah harta yang tidak ternilai. Apa segala yang diingin mereka kita akan tunaikan walaupun ia di luar jangkaan kehendak sehinggakan terpaksa korbankan wang ringgit. Mudah kata kita sebagai ibu bapa terlalu manjakan mereka.

Namun, pernah tak anda terfikir dan rasa semasa mereka meningkat usia, perangai dan sifat mereka seakan ‘boss’. Mana taknya, semua barang atau kehendak mereka mesti kita akan turuti jika tidak mereka akan buat perangai atau mengamuk.

Selalunya anak-anak yang bersifat seperti ini, kanak-kanak yang menjadi tumpuan keluarga iaitu berkemungkinan anak sulung, cucu sulung, anak tunggal atau satu-satunya anak lain jantina.

BACA:  Terkini, New Zealand Diserang Covid-19. Semoga Allah Selamatkan Kita

Ikuti perkongsian tentang tanda-tanda anak kita mula menunjukkan sifat ‘boss’ kepada kedua ibu bapanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.

2. Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi.

3. Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak.

BACA:  Perokok !!! Sila bunuh diri anda seorang sahaja jangan libatkan orang lain!

4. Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa.

5. Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba.

Untuk mengatasi tingkah laku anak ini, kita sebagai ibu bapa harus mengubah sikap kita dahulu. Sifat anak-anak di atas kerangsangan ilmu yang di ajar oleh ibu bapa sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel