BENARKAH NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN?
“Buah apakah yang memakai mahkota?”
Teka teki tersebut meletakkan nenas di “tahta” tersendiri di kalangan masyarakat selepas raja buah.
Namun begitu, morfologi(rupa bentuk) buah nenas yang berduri halus menyebabkan pelbagai persepsi negatif muncul di kalangan masyarakat. Setelah sekian lama nenas di salah erti. sudah tiba masanya untuk segala tanggapan salah mengenai nenas di perbetulkan.
Benarkah nenas menyebabkan keguguran? Benarkah nenas tidak di boleh di makan semasa sedang mengalami haid? Ikuti pendedahan PHM mengenai buah buahan yang pernah di angkat sebagai”permaisuri buah buahan” ini.
MANFAAT NENAS
Nenas kaya dengan vitamin c yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh.Nenas kaya dengan Mangan iaitu sejenis mineral yang penting untuk menguatkan tulang dan sendi. Ia kaya dengan serat yang melancarkan proses penghadaman.
NENAS & HAID
Kandungan mangan dalam buah nenas dapat membantu mengurangkan gejala PMS. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasas sedang haid. Enzim bromelain yang kaya di dalam teras nenas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot.
Kajian membuktikan wanita yang mengambil Mangan dalam dos yang rendah dapat melancarkan darah haid sehingga 50%. Buah buahan kaya dengan Mangan dan buah yang mengandungi Mangan paling tinggi adalah buah nenas.
NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN?
Nenas mengandungi Bromelain. Makanan tambahan dalam bentuk tablet Bromelain adalah TIDAK di sarankan semasa sedang hamil kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. TETAPI, dengan hanya makan beberapa potongan nenas, ia TIDAK akan memberi kesan yang sama. Untuk menyebabkan pendarahan atau kesan negatif semasa hamil, anda perlu makan di antara 7 – 10 biji nenas serentak!
1 hidangan ( 1 cawan nenas) mengandungi segala khasiat yang di perlukan semasa hamil seperti Vitamin C, Folate, Zat Besi. Magnesium, Vitamin B6 .Selain itu, jika anda memliki perut yang sensitif, asid di dalam nenas mungkin boleh menyebabkan gejala pedih hulu hati. Jika anda mengalami GDM (kencing Manis semasa hamil) anda perlu dapatkan nasihat dari pakar pemakanan kerana nenas juga tinggi kandungan kalori dan boleh meningkatkan paras gula.
KESIMPULANNYA
Nenas selamat dan boleh di makan dalam kuantiti yang sederhana semasa hamil. Nenas juga boleh membantu melancarkan darah dan mengurangkan kesakitan semasa sedang haid. Informasi yang kami kongsikan adalah untuk sama sama kita raikan khasiat buah buah tempatan yang kurniakan di bumi bertuah Malaysia.
Pilihan sentiasa di tangan anda!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel