≡ Menu

Askar Israel Tembak Mati OKU Berkerusi Roda


Sumber foto: mondoweiss.net

KEHILANGAN kedua-dua kaki, menggunakan kerusi roda dan berisiko ditembak mati tidak menghalang Ibrahim Abu Thurayeh, 29 untuk memprotes tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Malah, sebelum maut ditembak oleh askar Israel, protes semalam bukanlah protes dan pertembungan pertama Ibrahim dengan askar Israel.

Ibrahim yang didakwa kehilangan kedua-dua kakinya pada 2014 dilaporkan sebelum ini aktif menyertai pertembungan diantara penduduk Palestin dan askar rejim Zionis di bandar Gaza dan Tebing Barat. Dalam kebanyakan foto yang merakam Ibrahim, soldadu OKU berkenaan dilihat dengan berani mara berkerusi roda sambil mengibarkan bendera Palestin, tatkala rakan seperjuangan tunduk mengelak hujan peluru getah dan bom pemedih mata.

BACA:  Bahaya Overthinking. Saintis Harvard Buktikan Overthinking Boleh Memendekkan Jangka Hayat

Hamba ALLAH S.W.T. tersebut akhirnya gugur semalam selepas ditembak di sempadan berhampiran bandar Gaza. Mangsa yang dibawa ke hospital al-Shifa di bandar sama diisytiharkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sumber foto: mondoweiss.net

Ketika ini, beribu-ribu lagi rakyat Palestin berterusan bersemangat bangkit untuk menentang penjajahan haram oleh Israel. Ekoran pengisytiharan ‘muka tak malu’ Presiden Amerika Syarikat, dijangka lebih hebat lagi protes-protes yang akan bukan sahaja dijalankan di Palestin, malah di seluruh dunia.

Walaupun negara-negara paling berpengaruh di dunia seperti Amerika Syarikat ‘membenarkan’ kewujudan negara haram Israel, semangat juang penduduk Palestin tidak pernah rapuh walaupun sudah ramai yang gugur menyembah bumi. ayangkan jika ada penceroboh pecah masuk rumah anda dan mendakwa sebahagian rumah anda kononnya hak milik mutlak mereka.

BACA:  Cara Perubatan Islam Merawat Stroke Menggunakan Ayat Al-Quran. Insya'Allah Boleh Ikhtiar

Tak cukup dengan itu, ‘jiran-jiran rumah’ di sekeliling ‘rumah’ anda buat tidak peduli dan tidak tahu, malah ada jiran yang bersetuju dengan kata penceroboh tersebut.

Sumber foto: mondoweiss.net

Bagaimanakah perasaan anda? Adakah anda akan berdiam diri? Adakah ia akan menjadi satu alasan kukuh untuk anda bermati-matian berjuang mempertahankan hak?

Al-Fatihah kepada Ibrahim Abu Thurayeh.

Sumber: Sinar

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel