≡ Menu

Apa Yang Ada Pada Buah Belimbing?? Boleh Turunkan Kolestrol? Baca Lebih Lanjut


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing dan makan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Perkongsian kita pada hari ini, ialah menegenai belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar. Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. sebelum ini saya ada berkongsikan kebaikan dan khasiat buah delima, buah naga dan buah avokado. Di bawah saya senaraikan 8 khasiat dan kebaikan buah belimbing.

8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing

Boleh dijadikan pelbagai jenis produk

Buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sumber Nutrisi yang baik

BACA:  Kalau Cinta Akan Nabi, Bacalah Quran Mengikut Cara Baginda Membaca Al-Quran

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam Menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus


kaya dengan vitamin c

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi – sumber Mingguan Wanita April04

Membantu menurunkan kolestrol

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Mencegah penyakit darah tinggi

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

BACA:  Masalah Lebam Pada Kaki, Belakang Tubuh. Adakah Ia Mistik? Ini Penjelasan Doktor

Membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan deman panas

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan.

Mengubati penyakit mata dan elok merawat masalah buah pinggang

Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Sesuai untuk mengatsi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap)

 

sumber: panduantipspetua

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel