≡ Menu

Anak-Anak Suka Air Berkarbonat. Ini 6 Sebab Ibu Bapa Perlu Hentikannya


Minuman air berkarbonat atau juga sering dikenali sebagai air gas adalah sangat popular dalam kalangan masyarakat, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Warna dan rupa yang menarik serta rasa yang enak lagi menyegarkan tentu membuatkan ramai membeli air ini untuk dijadikan penghilang dahaga di bawah sinar matahari yang panas.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya bukanlah satu pilihan yang sihat jika dibandingkan dengan minuman lain. Mengapa? Ikuti sebab berikut mengapa anda perlu kurangkan minum air berkarbonat.

1. Tinggi kalori tanpa nutrisi

Sebotol air gas 600 ml mengandungi 17 sudu teh gula dan 240 kalori. Apa yang lebih menyedihkan adalah ia tidak mengandungi nilai gizi untuk badan. Untuk membakar sebanyak 240 kalori itu, anda perlu berjalan selama satu jam.

2. Air berkarbonat meningkatkan risiko obesiti

Setiap penambahan gula dan kalori akan menambahkan berat badan tidak dibakar dan digunakan. Kanak-kanak dan remaja khususnya sangat gemar mengambil air gas. Mereka lebih berisiko untuk mengalami obesiti. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017, 1 daripada 3 remaja sekolah menengah di Malaysia mengambil air berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari.

BACA:  Musim Hujan Dah Ni, Ini 5 Bahaya Menjemur Pakaian Di Dalam Rumah. No 1 Paling Bahaya

3. Risiko kencing manis meningkat

Di Malaysia, terdapat kes di mana seorang remaja berusia 13 tahun menghidap kencing manis. Pada usia yang sangat muda ini, beliau terpaksa meninggalkan banyak perkara disebabkan keterbatasan yang dialami akibat keadaan kesihatannya. Air gas yang diambilnya setiap hari sejak kecil telah meletakkannya pada risiko yang tinggi.

4. Menambah risiko penyakit jantung

Kajian yang dijalankan di Amerika mendapati hubungan yang rapat antara air berkarbonat dan penyakit jantung. Menurut kajian tersebut, mengambil 3 tin air gas sehari meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 3 kali ganda.

BACA:  Mengapa 'Boikot Israel' Perlu Dilakukan Segera

5. Kanak-kanak menjadi lebih agresif

Air gas berpotensi membuatkan kanak-kanak menjadi terlebih aktif dan juga berkemungkinan lebih agresif berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menggunakan objek-objek bahaya.

6. Tidak sihat untuk gigi anda

Minuman ini mempunyai pH yang rendah sehingga 2.5. Ini menjadikan ia minuman berasid dan boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi.

Menjalani kehidupan sihat bukan bermakna anda tidak boleh menikmati makanan dan minuman yang enak. Masih banyak alternatif kepada air berkarbonat di pasaran. Bukan sahaja sihat, bahkan juga enak serta menghilangkan dahaga. Tidak salah untuk minum ais gas, tetapi jangan sampai setiap hari!

 

Sumber

Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel