≡ Menu

Ambil Iktibar, Patuhi PKP. Kes Di Simpang Renggam Berpunca Dari Majlis Tahlil Dan Kenduri Kahwin


SIMPANG RENGGAM: “Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid,” kata penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, ketika menceritakan detik permulaan merebaknya wabak COVID 19 di perkampungan berkenaan.

Menurut Roslizam, bermula dengan hanya dua orang dikesan positif wabak maut itu, kini ia menular sehingga menyebabkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk terpaksa diarahkan berkurung di kediaman masing-masing bermula tengah malam tadi melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia adalah laluan utama ke beberapa kampung rangkaian lain yang berdekatan selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

BACA:  Awas Ibu bapa, Telinga Anak-Anak Kecil Lebih Mudah Dijangkiti Berbanding Telinga Orang Dewasa.

“Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak COVID 19 ini berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini sebanyak 61 kes positif COVID 19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

“Dijangka jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian penyebaran wabak COVID 19 tidak dilakukan dengan lebih gigih dan sabar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Bagaimana pun, apa yang kami bimbang sekarang ini adalah soal bekalan makanan asas kerana tindakan mengejut arahan PKPD menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak membuat sebarang persediaan termasuk melakukan simpanan keperluan secukupnya.

BACA:  Tikam Imam Kerana Baca Al-Quran Guna Pembesar Suara. Nauzubillah

“Kami amat berharap pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas kerana tempoh PKPD selama 14 ini bukanlah satu masa yang singkat untuk diharungi oleh orang kampung yang kini tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap,” katanya.

Selain Kampung Datuk Ibrahim Majid yang mempunyai kira-kira 1,495 penduduk, turut terjejas adalah Kampung Parit Salman membabitkan 180 penghuni, Parit Kasmani (20), Parit Takibek (120), Lorong Perdana (180), Taman Surau (95) dan Jalan Benut (150).

Sumber  : Berita Harian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel