≡ Menu

Amalkan Zikir Ini Ketika Membasuh Beras, Supaya Hubungan Keluarga Lebih Harmoni


Beras adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Namun, adakah ramai yang tahu bahawa terdapat ‘rahsia’ dalam rutin harian membasuh beras?

Ikuti tip paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:

BACA:  Zamihan dan RORA dilarang beri kuliah di Perak

i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.

iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.

BACA:  Fadhilat Bekas Air Wudhu'. Tidak Tahu Pun Sebelum Ini!

iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel