Kelapa merupakan salah satu tumbuhan yang sangat bermanfaat. Bukan setakat buahnya saja yang berguna dan boleh dijadikan menu makanan, tetapi setiap inci bahagian pokok kelapa boleh dimanfaatkan.
Sebut sahaja buah kelapa, pasti ramai yang terliur membayangkan air kelapa yang sememangnya cukup menyegarkan.
Ramai yang maklum air kelapa memiliki banyak manfaat untuk tubuh dan sering dianggap sebagai ubat herbal semulajadi untuk menyembuhkan penyakit.
Namun tahukah anda manfaat air kosong lebih berkesan jika diambil ketika perut kosong.
Menikmati air kelapa saat perut kosong ternyata bermanfaat untuk melindungi tubuh dari bakteria dan infeksi, memperkuat sistem kekebalan tubuh.
Bukan itu sahaja, serat yang terkandung di dalamnya ternyata mampu melancarkan sistem pencernaan. Anda hanya perlu 7 hari untuk mendapatkan khasiat dari air kelapa ini.
Bukan untuk tubuh sahaja, tetapi air kelapa juga memberi banyak manfaat lain seperti untuk kesihatan kulit, memberi nutrisi yang tinggi, menjaga tubuh dari dehidrasi dan yang paling menarik adalah mampu menurunkan berat badan.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel