≡ Menu

Allah Pun Mengangkat Martabat Wanita, Siapa Kamu Nak Merendahkan Maruah Seorang Wanita?


“Susahnya jadi wanita ni, buat ni tak boleh, buat itu tak boleh. Kena tutup sana, kena tutup sini. Tak bebas macam lelaki.” Satu keluhan berat dilepaskan.

“Jika kau tahu bagaimana Allah sayangkan wanita, memang kau bersyukur dilahirkan wanita, Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi, jika Allah jadikan lelaki dengan penuh keistimewaan, begitu jugak dengan perempuan, Allah itu Maha Adil.”

Terdiam dan mengeluh lagi.

Usah mengeluh. Wanita sangat istimewa di sisi sebagaimana lelaki juga, ketepikan isu kelainan gender seketika, sebab kita semua istimewa.

Terkadang wanita kena jadi kuat? Betul ke terkadang? Sebenarnya bukan terkadang, memang wanita selalu kena jadi kuat. Jadilah kuat demi Tuhan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Wanita sebelum kedatangan Islam, kesian. Macam tak ada nilai, diperlakukan sesuka hati, tapi selepas kedatanga Islam, agama Islam ini yang telah mengangkat martabat wanita dan memuliakan kedudukan wanita.

BACA:  Iktibar Kes Nurin; Mak Ayah Elak Post 5 Perkara Ini Di Media Sosial, Mampu Cetus Nafsu Si Pedofilia!

Rasulullah SAW ajar kita untuk sayang dan berlemah lembut dengan wanita, Rasulullah SAW kita sangat sweet. Senyum. Mungkinlah jika dilihat secara fizikal, wanita memang kurang dibandingkan dengan lelaki.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita).” (Surah An-Nisaa’: Ayat 34)

Al-Quran jelas menceritakan bab tu, usah disangkal. Marilah menjadi wanita yang bijak dan kuat tanpa mengetepikan lelaki, wanita memerlukan lelaki, tapi bukanlah juga bermaksud wanita boleh terus lemah jika tanpa lelaki.

Belajarlah untuk menjadi kuat dengan mencari kekuatan dengan Ilahi. Jika Allah memberikan kekuatan fizikal lebih kepada lelaki, maka Allah juga memberikan kelebihan juga kepada wanita dengan kelebihan kekuatan jiwa, bahasa lainnya disebut emosi.

Emosi yang baik maksudnya di sini, sebab wanita seorang ibu, dia lebih memerlukan emosi untuk menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, habis tu lelaki tiada emosi?

Sama ada kita lelaki mahupun perempuan, Allah ciptakan kita beremosi cuma lelaki mereka pemimpin, oleh kerana sifat kepimpinan itulah mereka kawal emosi mereka untuk menjadi pemimpin yang baik.

BACA:  Yang Mana Lebih Bagus? Latih Anak Makan Duduk Atas Kerusi Atau Bersila

Usah berdebat mana yang lebih mana yang kurang, sememangnya fitrah manusia sebegitu. Kita istimewa bukan, berlainan tetapi masih memerlukan antara satu sama lain.

Istimewanya wanita, dalam Al-Quran ada surah khusus untuk wanita, surah An-Nisaa’. Masih ingin mengeluh wahai wanita?

Betapa sayang dan cintanya Allah pada wanita, tapi kebanyakan wanita tidak menyedari tentang hal itu, masih menganggap diri sendiri serba-serbi kekurangan, masih mengeluh seolah Tuhan tidak adil.

Berterima kasihlah dengan Tuhan yang telah meletakkan wanita di tempat istimewa, di sisi lelaki dan lebih istimewa di sisi Tuhan.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel