≡ Menu

Kuasa ‘Tangan Ajaib’ Cikgu… Apa Yang Cikgu Ni Buat Sampai Sakit Kepala Pun Boleh Hilang?


Kalau sakit kepala, apa anda buat? Biasanya kalau sakit je, tangan seorang mak lah mampu jadi penawar. Cakap saja sakit apa (sakit ringan lah), mesti mak mampu ubati. Sakit kepala, sakit perut, luka kat kaki, tiba-tiba sakit mulut, tak pun sakit gigi!. Ada saja petua yang mak buat, sekurang-kurangnya untuk mengurangkan rasa sakit sebelum bergegas ke klinik atau hospital. Ajaib betul tangan mak! Tapi, kalau di sekolah, nak harapkan tangan mak untuk usap dahi kita, untuk sapu ubat pada luka… memang tak lah kan. Sebab, mak masih di rumah. Jadi, kepada guru lah kita mengadu. Jangan tak tahu, tangan seorang cikgu pun tak kurang juga ajaibnya. Tak percaya, tanya cikgu Mohd Fadli Salleh Betul… serius tak tipu. He…he…he… Ikuti perkongsian cikgu Fadli bila salah seorang anak muridnya mengadu sakit kepala.

Ajaibnya tangan sang guru.

“Cikgu! Cikgu! Huda sakit kepala,” berlari seorang murid Tahun 1 datang mengadu rehat tadi.

“Panggil Huda datang sini,” balasku tenang.

Sebaik Huda datang, aku sentuh dahi. Sedikit panas. Budak ni baru nak demam ni aku rasa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Awak sakit kepala ke?”

BACA:  6 Amalan Yang Dapat Mengukuhkan Kaki Kita Meniti Titian Sirat Kelak

Angguk. Mata dah bergenang.

“Meh sini cikgu urutkan. Tangan cikgu ada kuasa ajaib. Boleh hilang sakit kepala tu,” balasku buat-buat serius.

Huda datang dekat. Aku picit-picitkan kepala perlahan-lahan. Sambil-sambil bertanya dia dah makan ke belum, boleh jawab ke tak peperiksaan tadi.

Setelah 4-5 minit, aku berhenti picit kepala dan bertanya,

“Macam mana. Dah okey dah?”

Angguk.

“Kan cikgu dah cakap, tangan cikgu ada kuasa ajaib,” kataku lagi dengan berlagak.

Murid yang berkerumun dekat pagar masing-masing takjub.

“Wah, hebatnya cikgu!”

“Sekarang ni musim panas. Kena minum air banyak-banyak. Awak ada bawa bekal air tak?”

Geleng kepala.

“Nah, ambil RM1. Pergi beli air mineral dan minum. Banyakkan rehat. Sekarang musim panas, kalau boleh jangan demam atau sakit. Sebab tengah periksa akhir tahun ni. Jaga kesihatan baik-baik,” pesanku seraya menghulur not RM1.

“Terima kasih cikgu,” balas Huda perlahan kemudian berlalu ditemani dua lagi kawan perempuan dia.

Kalau di rumah, tangan ibu paling mujarab dan ajaib, kan? Kalau ibu sentuh sahaja, yang sakit terus berkurangan.

Kalau di sekolah, tangan para gurulah yang menggantikan tangan ibu. Hal seperti ini bukan aku seorang sahaja yang buat, malah hampir semua guru di Malaysia turut berbuat begini. Cuma mereka tidak menulis sahaja.

BACA:  Amalkan Zikir Ini Ketika Membasuh Beras, Supaya Hubungan Keluarga Lebih Harmoni

Aku menulis pun bukan nak berbangga-bangga menunjukkan aku ini guru contoh atau guru terbaik. Aku menulis untuk menyedarkan masyarakat, ini antara jasa guru-guru di seluruh Malaysia.

Jasa kecil yang jarang masyarakat tahu dan ambil peduli. Anak-anak kita sakit demam di sekolah, guru-guru pasti akan berbuat sesuatu.

Kerana apa? Kerana mereka juga merupakan anak-anak kami.

Jadi sekiranya pernah ada khilaf kalian dengan para guru seluruh negara, cuba renung-renungkan kisah ini.

Mungkin guru yang kalian marah dan benci itu pernah membalut luka anak kalian sewaktu mereka jatuh. Mungkin pernah mendukung anak kalian sewaktu mereka rebah. Mungkin guru itu pernah membasuh berak kencing anak kalian.

Hormatilah guru-guru anak-anak kalian. Banyak jasa tersorok yang tak pernah kalian tahu pernah mereka lakukan pada anak-anak kalian. Sungguh!

#MFS

– Guru kerdil yang cuba berbakti.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel