≡ Menu

Ajaibnya Sedekah! Kisah Kambing Menyelamatkan Pemuda Daripada Huru Hara Hari Akhirat!


Telah diceritakan oleh Abul Laits: Muhammad bin Al-Fadhil telah meriwayatkan dengan sanadnya dari seorang penduduk Bashrah menceritakan kisah seorang Badwi yang menternak kambing.

Gembala Kambing

Penternak ini merupakan seorang yang sangat jarang bersedekah sehingga pada satu hari, hati beliau tergerak untuk bersedekah. Setelah memilih-milih kambingnya, terjumpa seekor kambing yang difikirkannya sesuai untuk disedekahkan.

Beliau terus menangkap kambing tersebut dan membawanya pergi untuk disedekahkan. Kambing yang disedekahkan adalah kambing yang kurus dan kecil sahaja. Dia pulang ke rumah selepas selesai urusan.

BACA:  Petua Menghentikan Anak-Anak Menangis Di Tengah Malam

kelebihan dan kebaikan bersedekah
Walau kecil jika disedekahkan banyak kelebihannya
Senja menjelang semua kambing dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam kurungan. Maka dia terus balik ke rumahnya. Apabia malam menjelang, dia melepaskan penat setelah seharian bersama kambing-kambing kesayangannya. Akhirnya badwi tersebut terlelap keletihan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam tidur tersebut Allah mendatangkan mimpi padanya. Beliau mengalami mimpi seolah-olah berlakunya huru-hara pada hari kiamat. Entah apa salah beliau, semua kambing-kambing peliharaannya datang lalu menyerang beliau. Beliau sangat terkejut dengan serangan dari kambing-kambingnya sendiri.

Nak tahu apa yang berlaku disebalik serangan kambing-kambing tersebut? Allah telah tunjukkan sesuatu kepada pengembala tersebut yang mana beliau sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini. Kambing yang paling kecil dan kurus yang beliau telah sedekahkan itu datang menolongnya. Kambing itu menghalang serangan-serangan kambing lain daripada terkena tuannya.

BACA:  Ketahui Beza Ubat Original Dan Ubat Generic. Ia Mungkin Menyelamatkan Anda

Akhirnya beliau tersedar dari tidur. Beliau berkata,

“Demi Allah, seboleh mungkin aku akan menjadikan kawan-kawanmu sebanyak-banyaknya”.

Sejak dari mimpi itu, ia selalu bersedekah dari hasil pengembalaan kambing-kambingnya itu.

Allahu Akbar. Inilah kelebihan bersedekah.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel