SELEPAS lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan. Safiey menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan.
Jutawan muda berusia 23 tahun itu menafikan yang dia mahu mempersenda agama atau menjadi penunggang agama, tetapi sudah menjadi adat iman seseorang itu ada kalanya turun dan naik. Menurutnya, lebih baik orang ramai bercakap dan doa yang baik-baik sahaja buatnya daripada berkata buruk.
BACA: Hijrah Safiey Ilias ikhlas kerana taubat atau sebaliknya?
BACA: Boikot Safiey Illias – Dr Syahr Musafir
Safiey akui ketika dia menjadi ‘maknyah’ dahulu, tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi selepas dia berubah dan berhijrah terdapat ramai yang mahu berkawan dengannya dan tidak kurang yang mahu menumpang nama dan popularitinya.
Pesan Safiey, jangan terus melabel seseorang itu dengan pelbagai andaian kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui. Safiey turut bersedih apabila rakan yang pernah diberi ilmu perniagaan dan dibantu dengan bermacam-macam turut berkata buruk tentangnya.
Bagaimanapun diakhir tulisannya, Safiey mengingatkan semua agar menunggu tarikh 31 Disember ini kerana seperti ada sesuatu yang bakal diumumkan. Sejak dua minggu lalu, Safiey telah tampil dengan imej wanita yang seksi dan ‘daring’.
Malah dia juga dilihat sering bersama seorang jejaka yang dikatakan ‘kekasih’ barunya. Tidak kurang juga, menerusi foto yang dimuat naik di IG, dia seperti pergi ke tempat pembedahan plastik payudara.
Rata-rata pengikut IGnya menasihatkannya serta mendoakannya supaya kembali ke pangkal jalan.
Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ، وَلاَ مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ.
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
Foto: Instagram Safiey Ilias
Sumber: Astro Awani
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel