≡ Menu

Adakah Wajib Setiap Orang Yang Bekerja Membayar Zakat?


 

Soalan

Assalamualaikum. Adakah setiap orang yang bekerja wajib mengeluarkan zakat?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Berkenaan persoalan di atas, Ya, apabila cukup dua perkara, iaitu haul dan nisab, maka dia wajib mengeluarkan zakat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kami nukilkan di sini, syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengeluarkan zakat, iaitu:

Islam, yang bermaksud tidak wajib zakat ke atas orang yang kafir.
Cukup nisab yang telah ditetapkan, iaitu sejumlah harta yang mencapai nilai yang diwajibkan untuk berzakat.
Cukup haul (setahun Qamariah), iaitu genap setahun harta tersebut berada dalam simpanannya. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 2/8)
Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A, Nabi SAW bersabda:

وَلَيْسَ فِي مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ

Maksudnya: “Tidak wajib zakat harta sehingga berlalu waktu setahun”

Riwayat Abu Daud (1573) dan Ibn Majah (1789)

Oleh itu, seseorang yang telah memenuhi tiga syarat yang telah ditetapkan iaitu Islam, cukup nisab dan cukup haul adalah wajib ke atas dia untuk mengeluarkan zakat.

Fatwa Wilayah Persekutuan tentang zakat penggajian menyebut: Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)

BACA:  Hukum Memakai Jam Di Tangan Kiri? Baca Dengan Teliti

Kami nyatakan juga di sini keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 berkenaan Zakat Gaji dan Pendapatan Professional, menyebut: “Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.”

Semoga kita menjadi golongan pembayar zakat agar diberkati Allah rezeki dan kehidupan kita di samping kita mendapat mardhatillah. Amin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel