Masturbasi mahupun onani merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh manusia terutamanya yang belum berkahwin dan sebenarnya ia memberi kesan buruk. Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan mengalami ejakulasi awal. Selain dari itu juga onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari jika dilakukan tanpa kawalan.
Menurut pakar kesihatan, aktiviti seksual tersebut boleh menyebabkan kelainan fungsi seksual serta gangguan kejiwaan sehingga menyebabkan badan lemah tidak bermaya.
Jika anda ingin menghentikan tabiat buruk tersebut, cubalah beberapa langkah yang kami kongsikan ini :
1. Elakkan menyentuh bahagian intim di tubuh anda kecuali semasa anda sedang mandi. Elakkan bersendirian dan cuba aktiviti beriadah bersama teman dan rakan di luar terutamanya aktiviti bersukan.
2. Jika anda akrab dengan seseorang yang mempunyai kebiasaan masturbasi/onani, anda perlu menjarakkan diri dari mereka jika mereka tidak mahu berubah. Ketahuilah bahawa dua orang dengan kelemahan yang sama akan membuatkan anda semakin sukar berhenti dari kebiasaan buruk itu. Pilihlah rakan yang dapat mendorong anda melakukan perkara yang baik.
3. Ketika hendak tidur, berpakaian dengan elok sehingga tubuh anda tertutup dan boleh menghalang anda untuk menyentuh bahagian-bahagian intim.
4. Cari aktiviti-aktiviti untuk menyalurkan masa dan tenaga anda seperti bersenam. Atau libatkan diri anda dalam sukan berkumpulan seperti bola sepak, bola keranjang, badminton, atau tenis.
5. Elakkan melihat atau membaca majalah atau menonton video yang bersifat porno. Melihat perkara yang erotik baik dari medium – bahan bacaan, TV, VCD, DVD, atau pada orang-orang tertentu yang berpakaian atau bergambar erotik akan memberikan dorongan seksual yang kuat.
6. Jika anda serius ingin lepas dari masturbasi, tutuplah akses terhadap material pornografi. Jika anda mempunyai koleksi filem atau bacaan porno, buang semuanya. Bersihkan hard disk di komputer anda dari tontonan porno. Buang jauh-jauh semua mainan seks yang anda miliki.
7. Cuba dekatkan diri dengan Kitab Suci Al-Quran. Berdoalah supaya memudahkan proses perubahan anda kerana itu semua akan membuatkan anda terhindar dari segala kemungkaran.
8. Carilah pertolongan daripada orang yang tepat. Jangan merasa malu atau enggan untuk meminta bantuan. Ingatlah bahawa terdapat ramai orang yang sedang berjuang untuk lepas dari masturbasi.
9. Makan makanan sihat. Pengambilan buah dan sayur yang boleh menutrisi tubuh sehingga anda segar bekerja sepanjang hari.
Jadi, secara keseluruhan onani lebih mendatangkan kesan negatif berbanding yang positif. Jadi kenapa perlu lakukan? Sila jawab!
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel