≡ Menu

9 Ayat Untuk Merawat Kemurungan Dan Kesedihan. Cubalah


kita menerima sesuatu dari orang yang kita sayang, kita rasa gembira. Rasa excited yang amat. Malah ada yang melompat-lompat. Tanda keterujaan.

Allah menurunkan surat cinta-Nya kepada kita. Disampaikan oleh Rasulullah (baca selawat). Lalu apakah perasaan kita tatkala membaca surat cinta ini?

Seorang guru beritahu anak muridnya,
“Apabila kamu memikirkan sesuatu, bukalah Al-Quran. Secara rawak. Lihat ayat yang kamu nampak. Kamu akan menemui sesuatu”.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi 9 ayat Al-Quran yang memberi inspirasi. Menguatkan semangat dan tekad. Bagi meneruskan perjuangan dakwah. Bantu kami sebar luaskan perkongsian ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

9 Ayat Inspirasi Dari Al-Quran

  • Dan Sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
    (Surah Al-Baqarah: 155)
  • Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
    (Surah Al-Baqarah: 172)
  • Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
    (Al-Baqarah: 216)
  • Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
    (Surah Al-Insyirah: 5-6)
  • Barangsiapa berhijarah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
    (Surah An-Nisa’: 100)
  • Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
    (Surah At-Talaq: 2-3)
  • Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
    (Surah Saba’: 39)
  • Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri.
    (Surah Ar-Ra’d: 11)
  • Allah maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang maha kuat lagi maha perkasa.
    (Surah Asy-Syura: 19)
BACA:  5 Pernikahan Yang Dilarang Di Dalam Islam. Orang Bujang Perlu Tahu. Jangan Kira Seronok Sahaja

WHAT DO YOU THINK?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel