≡ Menu

8 Rutin Harian Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Anak Menghidap Ekzema.


“Mama, adik tak boleh tidur, gatallah,” ujar si kecil sambil tangannya menggaru kasar kulit kepala dan pipi. Diteliti betul-betul, ada bintik-bintik merah dan ada di antaranya hampir membentuk gelembung kecil. Sah, anak anda dijangkiti ekzema!

Jika diingat kembali, si kecil tidak ke mana-mana kerana hari cuti. Tidak mungkin berjangkit dari luar. Anda silap! Ia boleh terjadi akibat pelbagai faktor, biarpun dari dalam rumah. Antaranya habuk, kuman dari haiwan peliharaan, makanan seperti telur, kekacang dan sebagainya…

Si kecil yang sudah terdedah kepada ekzema mempunyai kulit yang sensitif. Justeru, penjagaan yang rapi penting supaya kegatalan dan bintik-bintik merah itu tidak terus merebak. Cuba amalkan beberapa rejim penjagaan kulit yang disarankan di bawah ini…

1. MANDI JANGAN LEBIH DARI SEKALI SEHARI DAN TAK LEBIH DARI 10 MINIT

Bila anak dah terkena ekzema, terdedah kepada air terlalu lama mampu membahayakan kulit mereka. Lebih-lebih lagi apabila terdedah kepada air suam, ia akan mengeringkan kulit kanak-kanak. Seterusnya kulit akan gatal, pedih, kering lalu menggelupas…

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebaiknya, sapu losyen, krim atau gel serta merta supaya dapat menghasilkan lapisan bagi melindungi kulit, melembap dan melegakan kegatalan.

2. JIKA MENGHANTAR ANAK KE PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK HARIAN, BEKALKAN MEREKA SNEK DAN MAKANAN SENDIRI

Ramai ibu-ibu yang sanggup menjaga sendiri anak mereka yang jatuh sakit kan? Sama seperti ekzema, tak sampai hati rasanya nak hantar ke pusat jagaan harian. Jika terpaksa sekalipun kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, pastikan anda bekalkan mereka snek dan makanan sendiri.

BACA:  Salad Tercemar Dengan Bahan Kimia, KKM Arah Hentikan Jualan Serta Merta

Bukan apa, sesetengah ibu bapa kurang yakin dengan tahap kebersihan makanan di pusat jagaan. Ada baiknya bekalkan mereka hidangan yang disediakan sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya!

3. JANGAN LUPA, BEKALKAN JUGA PEMBERSIH DAN PELEMBAP TANGAN

Jika menghantar anak yang terkena ekzema ke pusat jagaan harian ni, penting untuk membekalkan mereka pembersih dan pelembap tangan sendiri.

Bukan apa, pembersih dan pelembap tangan yang dibekalkan di pusat jagaan harian tak semuanya dikhususkan untuk kanak-kanak yang terkena ekzema. Dikhuatiri nanti lagi mengeringkan kulit kanak-kanak dan seterusnya menjadikan ekzema terus merebak!

4. PENTING UNTUK MENYAPU LOSYEN PELEMBAP 2 HINGGA 3 KALI SEHARI

Kanak-kanak yang terkena ekzema ni kulitnya saaangat sensitif. Justeru, kita perlu sentiasa sapu losyen pelembap secara kerap, antara 2 hingga 3 kali sehari bagi mengelakkan kulit mereka terus kering.

Lebih tebal losyen dan krim pelembap, lebih baik bagi memperbaiki kesan gatal dan mengekalkan kelembapan dalam kulit!

5. CUBA UNTUK ELAK DARI MENGGUNAKAN SABUN

Bila anak dah terkena ekzema ni, pemilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit. Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

BACA:  Dalam Group Assignment, Mesti Ada Yang Free Free Dapat Markah, Tapi Kerja Kosong

6. PASTIKAN KUKU SI KECIL SENTIASA DIPOTONG

Admin yakin kalau anak dah terkena ekzema ni, mesti mereka tergaru-garu kan? Haa, sebab tu anda perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek bagi mengelakkan kegatalan terus merosakkan kulit mereka.

Untuk bayi, pakaikan mereka sarung tangan kapas di waktu malam bagi mengelakkan mereka menggaru kawasan yang terkena ekzema. Jika tidak, lagi teruk jadinya!

7. JAUHKAN HAIWAN PELIHARAAN DARI ANAK BUAT SEMENTARA

Seperti mana semua orang tahu, haiwan peliharaan ni walau dijaga secara rapi sekalipun mereka tetap akan menghasilkan kuman dan bakteria akibat pergerakan mereka ke merata tempat.

Sebaiknya, jauhkan haiwan peliharaan dari anak anda yang terkena ekzema buat sementara waktu bagi mengelakkan kuman dan bakteria dari haiwan terus merebak.

8. SEDUT DAN SAPU SAMPAH SECARA KERAP

Seperti admin katakan tadi, kanak-kanak yang terkena ekzema ni sangat sensitif terhadap habuk. Justeru, pastikan anda lap habuk, sedut dan sapu sampah secara kerap. Gunakan juga cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh kawasan rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel