≡ Menu

8 Ayat Menarik Tentang Emas Dalam Al-Quran


Tahukah kita, baru-baru ini Presiden Amerika yang baru sahaja dilantik iaitu Donald Trump telah menggemparkan dunia apabila kenyataannya yang mencadangkan untuk menggantikan wang kertas dollar dengan emas.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa dunia, tentu hal ini tidak menghairankan. Sumber ‘The Economist’ tahun 80an-90an ada menyatakan bahawa penggunaan emas akan digunakan pada tahun 2018. Jika benar sumber ini, bermakna US sememangnya telah lama merancang.

Jika hal tersebut berlaku, kita akan melihat kenaikan harga emas yang memang tidak terjangkau. Sudah pasti hal ini amat menggusarkan kita bukan? Bagaimana pula dengan nasib ringgit Malaysia?

Tidak dinafikan, sejak kejatuhan ekonomi, ramai yang mula menyedari tentang kepentingan menyimpan emas. Mengapa emas? Apakah kelebihannya? Apa kehebatannya berbanding wang kertas?

Tahukah kita, terdapat 8 ayat dalam Al-Quran yang membicarakan mengenai emas. Antaranya seperti berikut;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 -Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
(Surah Ali-Imran : 14)

#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
(Surah Ali-Imran : 91)

BACA:  Peranan Lelaki Sangat Penting Dalam Keluarga! Ini Kaum Adam Perlu Tahu!

#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)

#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)

#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah al-Hijr: 23)

#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”
(Surah Fatir: 23)

BACA:  "Tahun 2019 Aku Nak Berhenti Rokok!". Jangan Biarkan Azam Tahun Baru Anda Jadi Kenangan Kerana Mitos Ini!

#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
(Surah az-Zukhruf: 71)

#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”

Sungguh, emas bukan sahaja sebagai penyelamat ekonomi masa depan kerana nilainya yang kian meningkat, bahkan ia turut menjadi barangan berharga yang disebut dalam kitabullah.

Apabila al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas – sama ada dalam hukum-hakam atau perbandingan – maka, sudah tentu emas menyimpan suatu maksud yang tersirat tentang nilainya.

Jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, emas adalah jawapannya. Namun, perlu diingatkan sebelum membuat apa-apa tindakan, perlulah mendapatkan ilmu tentangnya terlebih dahulu.

Baginda Nabi SAW juga turut bersabda;

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)

Wallahua’lam.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel