≡ Menu

7 Tanda Mengenali Jodoh Anda Serasi Atau Tidak. Pilihlah Sebaiknya


Setiap manusia tidak mengira bangsa dan agama mengimpikan sebuah keluarga yang aman bahagia, harmoni dan penuh keceriaan hingga ke akhir hayat. Namun bukan mudah untuk memperolehi sebuah ruamh tangga yang tidak dilanda badai. Kebanyakan alam perkahwinan tidak sama dengan alam percintaan.

Bagi mereka yang sudah berkahwin mula menyedari bahawa alam perkahwinan itu tidaklah semudah seperti yang disangka. Semasa bercinta, semuanya indah, tidak menampakkan langsung cacat celanya. Apabila sudah bergelar suami isteri, masing-masing mula menghidu kelemahan pasangan mereka.

macam mana nak tahu pasangan serasi

Faktor utama untuk memperolehi jodoh yang menjamin kebahagiaan adalah keserasian. Serasi adalah faktor utama keharmonian sesebuah institusi kekeluargaan. Maka, adalah sangat penting untuk seseorang itu mencari pasangan yang betul-betul serasi dengan diri sendiri.

Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui serasikah atau tidak bakal pasangan atau jodoh kita? Dalam sebuah racangan tv popular iaitu tanya ustazah yang disiarkan di tv9, Ustazah Norbahyah Mahmood telah berkongsi tentang 7 tanda-tanda bagi mengenal keserasian ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

7 TANDA JODOH ANDA SERASI ATAU TIDAK
1. Rasa Bahagia Bila Bersama

Tiap kali bersama dengan pasangan, kita sentiasa merasa seronok, bahagian dan sangat sayang padanya. Tiada rasa yang paling baik daripada itu. Insya Allah jika begini, jodoh anda akan panjang dan anda akan bahagia hingga ke akhir hayat.

 

2. Bertolak Ansur Walaupun Mempunyai Sikap Yang Berbeza

Menurut Ustazah Nor Bahyah, serasi tidak semestinya semua yang dilakukan adalah sama. Contohnya jika isteri rajin memasak, suami pula rajin mengemas dapur. Jika suami suka tidur, isteri pula mengejutkan isteri untuk sama-sama bertahajjud.

BACA:  Duit Poket Tinggal RM10 Sebelum Masuk Gaji? Mungkin Inilah Punca Hilangnya Rezeki Tanpa Sedar

Contoh seperti di atas menunjukkan keserasian. Asalkan mesti bertolak ansur. Ada sebab Allah menggandingkan kita dengan pasangan kita. Sememangnya sudah cantik dengan pasangan yang dianugerahkan itu.

Untuk mencapai kebahagian memerluka sikap bertolak ansur
3. Rasa Tenang

Cuba anda renungkan, jika pasangan anda menghubungi anda, adakah anda merasa tenang? Jika ada rasa ketenangan, itu tandanya dia serasi dengan anda. Seeloknya semasa berhubung melalui telefon atau media sosial, jauhilah perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat. Selepas berkahwin pula kita akan merasa tenang denga pasangan kita.


Berinteraksi dengan tenang bersama pasangan melambangkan keserasian
4. Sentiasa Ada Disaat Anda Memerlukannya

Jika kita di dalam kesusahan, atau kita tidak sihat, dialah orang yang paling sibuk mengambil berat hal kita dan paling risau dengan keadaan kita. Jika Kita mempunyai masalah, dia adalah orang yang pertama akan membantu kita.

Pasangan yang baik dan bertanggungjawab sentiasa mengambil berat tentang pasangannya
5. Rasa Selamat Disisinya

Bila bersamanya anda tidak merasa risau atau takut. Jika sudah berkahwin, ketika suami ada di rumah, isteri merasa sangat selamat. Jika sebaliknya, seperti anda berada dalam ketakutan jika suami di rumah, ini bermakna ianya tidak serasi.

Salah satu tanda tidak serasi adalah sering bertengkar
6. Anda Lebih Dekat Dengan Allah

Selepas mengenalinya, anda sendiri dapat merasakan bahawa anda semakin dekat dengan Allah. Jika dulu anda culas untuk mengerjakan solat, tapi kini tidak lagi. Pendek kata selepas mengenalinya banyak perubahan pada diri anda di sudut hubungan anda dengan Allah juga.

Pasangan bahagian sering dekatkan diri dengn Allah SWT
7. Ketawa dan Menangis Bersama

BACA:  Beroleh Barakah dalam Menggunakan Sosial Media. Kita Mampu Melakukannya.

Bak kata orang, siapapun kita, samada susah atau senang, jika dia tetap bersama kita inilah yang dinamakan keserasian hakiki yang perlu ada dalam setiap rumah tangga.

ciri ciri sudah bertemu jodoh
Jika dia sangat mengambil berat tentang anda, mungkin dia jodoh anda
Bagi mereka yang sudah berkahwin, cuba nilaikan semula perkara-perkara di atas, mudah-mudahan ianya mampu membantu kita perbaiki hubungan dengan pasangan supaya menjadi lebih baik lagi.

Bagi yang masih mencari bakal jodoh, pilihlah jodoh yang baik. Pastikan sama ada anda serasi atau tidak dengan pasangan anda. Bagi wanita, carilah pasangan yang boleh membimbing anda ke jalan yang diredhai Allah.

Manakala bagi lelaki, dalam memilih pasangan, carilah yang mempunyai ciri berikut sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Wanita itu dikahwini kerana empat perkara. Pertama kerana hartanya, kedua kerana keturunannya, ketiga kerana kecantikannya, yang keempat kerana agamanya”

Pilihlah pasangan sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah RA. Nabi SAW bersabda:

“Ada tiga golongan manusia yang Allah akan sentiasa menolong mereka. Pertama adalah orang yang berjuang di jalan Allah. Kedua adalah Hamba yang mencari wang tebusan untuk menebuskan dirinya dan Ketiga adalah orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya”.

Hadis Riawayat At Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

Kesimpulan:

Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan bahagia. Insya Allah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel