≡ Menu

7 Sebab Kenapa Perlu Cuci Rambut Setiap Hari! Ini Sebabnya


Mitos menyatakan kamu tidak elok mencuci rambut setiap hari kerana dikhuatiri menyebabkan rambut kering tetapi bagaimana pula individu yang mempunyai masalah tertentu? Masih perlu ikut lagi ke dengan mitos mengarut itu?

Penulis sendiri akan cuci rambut setiap hari kerana ia membuatkan rambut kelihatan bermaya, terasa ringan dan segar. Malah keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap memang membuatkan kita rasa tidak selesa kalau tidak mencuci rambut sekerap mungkin, walau menggunakan syampu kering tetapi masih terasa semacam.

Agar lebih jelas, ini penulis kongsikan alasan kenapa kamu kena cuci rambut setiap hari.

Kamu tinggal dekat iklim lembap dan panas
Itulah sebabnya kenapa kamu perlu mencuci rambut setiap hari! Sama seperti orang berkeringat setiap hari di gym, yang tinggal di negara beriklim lembap dan panas boleh mengakibatkan penambahan minyak pada kulit kepala. Cuci setiap hari boleh memelihara kulat rambut anda dan bebas kelemumur.

BACA:  Cara Mengubati Penyakit Was-Was Yang Diajarkan Oleh Mufti

Kamu mempunyai rambut nipis
Jika tekstur rambut kamu nipis dan halus, kamu tahu helaian rambut akan cepat berminyak. Itulah sebabnya minyak dari kulit kepala akan merebak dan menyebabkan rambut kamu kelihatan berminyak dan tidak bermaya. Jadi sebaiknya mencuci rambut setiap hari supaya bebas minyak dan terlihat segar.

Kamu work out setiap hari
Work out dan berpeluh setiap hari boleh menyebabkan minyak berlebihan pada kulit kepala, yang boleh menyebabkan masalah kulit kepala. Oleh itu, jika berpeluh setiap hari, sebaiknya untuk mencuci secara harian bagi memastikan kulit kepala sihat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kamu mempunyai kulit kepala berminyak
Syampu setiap hari mungkin boleh menghilangkan minyak yang sihat. Ttetapi kulit kepala yang terlalu berminyak dapat menyuburkan kulit yang menyebabkan seborrhea – di mana keadaan yang menyebabkan kulit kepala gatal dan bersisik. Jika kulit kepala kamu secara semulajadi sudah berminyak, cuci sekali sehari patut kamu lakukan.

Kamu mempunyai kelemumur
Syampu menghilangkan sel-sel kulit mati yang kemudiannya akan berkumpul dan jatuh (juga dikenali sebagai klemumur). Memang benar untuk sesetengah yang mencuci terlalu kerap boleh membawa kepada kulit kepala kering, menyebabkan kelemumur, tetapi jika kulit kepala berasa gatal, mencuci rambut boleh membantu menghilangkan sel-sel mati dan ketidakselesaan.

BACA:  5 Perkara Nampak Remeh, Tetapi Mengundang Kemurkaan Allah

Kamu mahu rambut cepat tumbuh dan panjang
Cuci rambut membantu menghilangkan folikel rambut mati, yang seterusnya dapat merangsang pertumbuhan. Oleh itu, jika kamu mahu rambut tumbuh lebat dan panjang secara sihat, cucilah rambut sekerapnya.

Kamu lebih suka mencuci rambut setiap hari
Ya, pada penghujung hari, kamu lebih selesa berbuat demikian. Jika kamu mencucinya setiap hari, lakukan sahaja. Jangan ambil pusing kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat. Bak kata pakar kecantikan Marilyn Sherlock, “kita mandi setiap hari, memberus gigi dua kali seminggu, mengapa rambut perlu berbeza pula? Bayangkan keadaan cuaca, pencemaran maka syampu seharian adalah keadaan yang ideal.”

Apapun pilihan di tangan sendiri. Di harap tips ini memberi manfaat kepada kamu agar peka menjaga kesihatan rambut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel