“Tak lama lagi Adam dah nak mula makan. Nak kena start beli dah stok makanan untuk dia sikit-sikit. Makanan apa yang sesuai untuk dia selain bubur nasi ya?”
Memang excited bila anak nak mula makan. Sebagai ibu, mesti ramai yang dah buat persiapan awal untuk sediakan stok makanan bayi. Barulah mudah nak sediakan hidangan harian bila dah masuk 6 bulan dan boleh terus buat stok untuk bekalkan pada taska atau pengasuh.
Di negara kita, mungkin avokado bukanlah makanan yang biasa diambil setiap hari. Namun, kini ia mudah didapati di kebanyakan pasaraya yang biasa kita pergi seperti Tesco atau Jusco.
Ada banyak sebab kenapa buah avokado dinobat sebagai salah satu makanan pertama yang paling ‘sempurna’ untuk bayi.
7 SEBAB AVOKADO MESTI ADA DALAM STOK MAKANAN BAYI
1. TEKSTUR YANG HALUS & BERKRIM
Kadangkala, susah juga nak buat pilih makanan yang sesuai untuk bayi, lebih-lebih lagi yang kurang menunjukkan minat untuk makan.
Tapi avokado sangat sesuai diberi kepada bayi seawal 6 bulan kerana ia memiliki tekstur yang lembut, berkrim dan rasa yang tak terlalu kuat.
2. KOMBINASI NUTRISI YANG SANGAT BAIK
Di dalam kulitnya yang berwarna hijau gelap, tersimpan pelbagai jenis nutrisi berkhasiat seperti protein, serat, niacin, thiamin, riboflavin, asid folik serta zinc. Avokado juga terkenal sebagai sumber lemak baik yang penting untuk kesihatan jantung. Kombinasi nutrisi seperti ini amat sukar dijumpai dalam kebanyakan buah-buahan lain.
Maka sebab itulah jika dibandingkan dengan kebanyakan buah-buahan lain yang sesuai dimakan oleh bayi, avokado boleh dikatakan paling championlah!
3. MEMBANTU MENAIKKAN BERAT BADAN BAYI
Menurut VeryWellFamily.com, kalori lemak dalam avokado tidak mengandungi kolesterol, sebaliknya mempunyai asid lemak omega-3 serta bebas sodium.
Oleh kerana kualiti ini, avokado amat disyorkan kepada bayi dalam membantu perkembangannya, lebih-lebih lagi yang mengalami kurang berat badan.
4. MUDAH DISEDIA, TAK PERLU KUKUS
Disebabkan teksturnya yang dah sedia lembut, ia boleh dijadikan puree dengan mudah tanpa perlu dimasak atau dikukus seperti carrot, keledek dan kebanyakan sayuran lain. (Tapi kena pilih yang dah masaklah, yang muda tu memanglah keras lagi.)
Dahlah cepat disediakan, khasiatnya pula tinggi. Memang praktikal sangat bagi ibu-ibu yang sering kesuntukan masa kan?
5. SENANG BAWA TRAVEL
Kalau ibu-ibu jenis yang rajin travel, mesti tahu betapa leceh nak kena masak bubur, blender, dan bersihkan semua peralatan lepas siap nanti kan? Itu belum lagi masuk cerita nak angkut semua benda dan cari plug dalam hotel.
Jadi, itulah untungnya bila bawa avokado sebab ianya handy. Dekat luar pun boleh sediakan untuk bayi.
6. BOLEH DICAMPUR DENGAN PUREE LAIN
Seperti yang dinyatakan tadi, rasa avokado yang mild memudahkan ibu untuk mengolahnya bersama puree lain. Contohnya anda boleh mencampurkan puree avokado bersama pisang, salmon, bubur nasi atau susu.
Memang versatile!
7. MENGHINDARKAN SEMBELIT
Seperti juga kebanyakan buah-buahan lain, avokado begitu baik untuk kelancaran usus.
Selain memberi perlindungan kepada dinding usus daripada iritasi, ia juga merupakan salah satu alternatif untuk membantu mengelakkan sembelit dan menghindarkan kembung perut.
IBU AYAH PUN BOLEH MAKAN SAMA
Bukan sekadar superfood, avokado adalah buah yang sangat sedap dan mudah dinikmati oleh seluruh keluarga.
Kalau tak biasa nak makan begitu saja, anda boleh campurkan avokado yang dilenyek di dalam salad, sandwich atau dicampur dengan yogurt sebagai pencicah. Bubuh sikit dalam burger pun sedap. Tak percaya, cubalah nanti!
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel