≡ Menu

7 Kebaikan Menggunakan Straw Kertas Yang Kita Tak Tahu Pun!


Penggunaan penyedut minuman kertas merupakan salah satu alternatif yang dianjurkan oleh Kementerian Persekutuan bagi menggantikan penggunaan penyedut minuman plastik. Penggunaan penyedut minuman kertas memberi banyak manfaat atau kelebihan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada alam sekitar dan haiwan liar lain.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan penggunaan penyedut minuman kertas daripada penyedut minuman sedia ada di pasaran sekarang dan bagaimana pula penyedut minuman kertas ini dikatakan mesra alam sekitar dan haiwan liar.

Ingin mengetahui kelebihan dan manfaat penggunaan penyedut minuman kertas, di sini wanista kongsikan serba sedikit manfaat dan kelebihan menggunakan penyedut minuman kertas ini.

Harga Murah

Harga penyedut minuman kertas di jual lebih murah iaitu antara RM0.60 sen hingga RM1.00 sebatang, berbanding harga penyedut minuman besi yang di jual antara RM10 hingga RM15 sebatang.

Permintaan penyedut minuman kertas semakin banyak di jual di pasaran tempatan dengan harga yang murah dan berbaloi ini, banyak restoran-restoran mula membeli penyedut minuman kertas.

Mudah Dibawa Ke Sahaja

Penyedut minuman yang dijual di pasaran terdapat dalam pelbagai pek bungkusan yang ringkas dan mudah di bawa ke mana sahaja kamu berada.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Oleh kerana banyak penyedut minuman kertas di pek secara satu-satu (setiap sebatang penyedut minuman di pek secara satu-satu), maka ia lebih mudah untuk kamu bawa peyedut minuman dengan menyimpannya di dalam beg tangan.

BACA:  Eyebag Di Bawah Mata Boleh Hilang. Senang Je Rupanya Dengan Menggunakan Air..

Tahan Lama Dan Selamat Digunakan

Pasti ramai yang menyangka penyedut minuman kertas akan cepat lembik apabila terkena air, sebenarnya penyedut minuman kertas ini tidak mudah bertukar menjadi lembik.

Penyedut minuman kertas ini boleh bertahan antara empat hingga lima jam dalam air, dan kemudian barulah penyedut minuman tersebut menjadi lembik dan terlerai.

Boleh Kitar Semula

Penyedut minuman kertas ini merupakan bahan yang boleh dikitar semula, berbanding dengan penyedut minuman plastik ianya sukar untuk dikitar semula dan perlukan masa yang lama untuk di lerai.

Tapi berlainan dengan penyedut minuman kertas ini, di mana ia sangat mudah di kitar semula kerana diperbuat daripada kertas dan bukan bahan-bahan yang sukar di kitar semula.

Lebih Cepat Terurai

Oleh kerana penyedut minuman kertas diperbuat daripada kertas, ia mengambil masa yang singkat untuk di lerai antara dua minggu hingga enam minggu diperlukan untuk penyedut minuman kertas terlerai.

Manakala penyedut minuman plastik pula perlukan masa hingga 200 tahun untuk meleraikan penyedut minuman plastik tersebut, lama bukan?

BACA:  Jangan Jadikan Guru Sebagai Bahan Zina Mata. Tolong Hormati Mereka

Dapat Mengurangkan Penggunaan Straw Plastik

Tujuan kementerian menggalakkan penggunaan penyedut minuman kertas ini adalah, untuk membentuk masyarakat agar mereka tidak lagi menggunakan penyedut minuman plastik.

Ingat tanpa penggunaan plastik, kamu secara tidak langsung telah menyelamatkan ekosistem dengan cara yang paling mudah sekali.

Mesra Alam Sekitar Dan Hidupan Laut

Menggunakan penyedut minuman kertas dapat melindungi alam sekitar dan hidupan laut yang lain dari termakan atau tersangkut dalam mana-mana anggota tubuh badan haiwan tersebut. Jika terdapat hidupan laut yang makan penyedut minuman kertas tersebut, para ahli biologi dan hidupan marin tidak perlu risau terhadap hidupan laut berkenaan.

Kerana penyedut minuman kertas akan terlerai dalam masa yang cepat dan penyedut minuman kertas tersebut akan hilang dengan sendirinya nanti.

Tetapi lain pula ceritanya jika hidupan laut seperti penyu, kura-kura atau ikan termakan penyedut minuman plastik yang akan memudaratkan hidupan laut berkenaan.

Oleh itu, gunalah penyedut minuman kertas yang mesra alam sekitar ini, kerana secara tidak langsung kamu dapat melindungi hidupan marin dan ekosistem dari pencemaran penyedut minuman plastik yang sering ditemui dalam badan haiwan-haiwan ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel