≡ Menu

7 Jenis Wanita Yang Kita Tak Boleh Lepaskan, Boleh Dibuat Isteri!


 

Sebut sahaja tentang wanita yang tidak boleh dilepaskan lelaki, semua orang tahu bahawa mereka ini mencari pasangan yang pasangan yang ideal serta memenuhi citarasa masing-masing demi masa depan mereka.

Tidak dinafikan kebanyakan lelaki akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan calon isteri. Manakala wanita pula ingin pasangan yang tampan dan kaya.

Bagi LELAKI harus diingatkan bahawa mereka harus bijak memilih calon isteri. Selain dari mencari bakal isteri yang beragama, datang dari keturunan yang baik-baik dan serta berharta, lelaki juga haruslah mencari calon isteri yang pandai menguruskan hal-hal yang melibatkan kewangan.

Semua orang inginkan pasangan yang boleh memberi kebahagiaan
Isteri yang tidak pandai menguruskan kewangan, biasanya akan membebankan suami dengan berbagai masalah. Oleh itu, carilah calon isteri yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti itu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika calon isteri anda mempunyai ciri-ciri seperti di bawah, cepat-cepatlah masuk meminang. Bak kata Kumpulan Blues Gang Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia diambil orang.

BACA:  Ternyata Muzik Juga Ada Manfaatnya. 5 Manfaat Muzik Yang Tak Ramai Tahu

CIRI-CIRI WANITA YANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN

Berikut antara ciri-ciri wanita yang tidak sepatutnya anda lepaskan dari genggaman anda:

Wanita Yang Suka Menyimpan Wang.

Mereka ini tidak suka membazir dalam apa jua perkara. Sebagai contoh jika anda belikan dia hadiah, dia akan menolak dan menasihatkan anda supaya tidak membelinya. Bukannya setiap kali anda berjumpa dengannya, hanya menyuruh anda membeli itu ini.

Boleh Makan Di Kedai Makan Biasa

Jika diajak makan di kedai biasa atau warung tepi jalan, dia tidak kisah. Asalkan bersih dan halal. Tidak seperti wanita lain, tidak suka makan di tempat sebegitu. Sekurang-kurangnya ke KFC atau McD.

Tidak Pilih Kenderaan Anda

Wanita yang tidak kisah walau anda hanya mempunyai motosikal, kereta lama atau jenama biasa. Dia tidak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya mempunyai kekasih seperti anda. Bukannya jenis memilih kepada lelaki yang mempunyai kereta berjenama sahaja supaya nampak ada kelas.

Tidak Minta Hadiah Mahal Atau Tidak Mahu Hadiah

Setiap kali hari jadi, tidak meminta hadiah yang mahal-mahal atau memang tidak galakkan anda memberinya hadiah. Baginya hadiah yang mahal-mahal hanya membazir. Cukup sekadar ucapan sahaja.

BACA:  Bagaimana Menguruskan Asma Dan Semput Semasa Hamil? Ini Tips Buat Ibu Mengandung

Mahu Adakan Majlis Kenduri Kahwin Yang Sederhana

Dia hanya mahukan majlis kenduri kahwin yang sederhana sahaja iaitu setakat yang mampu. Hantaran juga tidak letak terlalu tinggi. Baginya, ijazah yang dimilikinya hanya untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran yang terlalu tinggi.

Sebelum Kahwin Tidak Mengajak Anda Cuti Sana Sini

Dia tidak suka pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Dia lebih suka mencipta kenangan terindah selepas melangsungkan perkahwinan.

Tidak Kisah Walau Jawatan Atau Gaji Anda Rendah Daripadanya

Dia tidak kisah walaupun jawatan anda atau gaji anda lebih rendah daripadanya. Dia juga jenis yang tidak berlagak atau tinggi diri. Dia menerima diri anda seadanya bukannya kedudukan dan wang anda. Bagnya yang paling penting anda adalah seorang yang bertanggungjawab.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel