≡ Menu

7 Jenis Makanan Yang Mencegah Penyakit! Subhanallah


Orang Malaysia sememangnya suka makan, tetapi apabila melihat pada menu yang anda pilih setiap hari, membuatkan kami geleng kepala. Mungkin disebabkan inilah, penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia.

Di sini, kami ada senaraikan beberapa makanan yang boleh membasmi penyakit, khas untuk anda. Jadi mulai hari ini, jadikanlah makanan ini sebagai hidangan ‘favourite’ anda okey?

Limau dan Tembikai : Buah limau dan semua jenis melon atau tembikai kaya dengan Vitamin C yang boleh meningkatkan tahap imunisasi tubuh dan pengambilan vitamin C secara semula jadi, iaitu yang diambil daripada limau dan tembikai mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

BACA:  Menipu Dalam Jual Beli Terutama Peniaga Online!

Rhubarb dan Bok Choy : Bok choy kaya adalah merupakan sumber kalsium terbaik yang merupakan mineral yang diperlukan untuk kekuatan tulang. Manakala rubarb merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin K yang boleh membekalkan tiga protein yang sangat diperlukan untuk menjamin kesihatan tulang dan boleh mempertingkatkan kepadatan tulang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Minyak Zaiton : Satu kajian di Itali menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30 peratus. Sebabnya masih tidak diketahui tetapi lemak yang sihat di dalam minyak zaitun dikatakan mampu menghentikan penghasilan gen yang menyebabkan kanser.

Walnut : Kekacang ini merupakan sumber penting asid lemak Omega-3 yang membantu sel otak berkomunikasi antara satu dengan lain dan ini penting untuk memelihara memori anda sekali gus mengelakkan penyakit Alzheimer.

BACA:  Percaya Zodiak Kelahiran, Mufti Beri Amaran Keras Tentang Amalan Ini!

Anggur : Buahnya kecil tetapi khasiatnya begitu besar sekali. Hasil kajian oleh University of Michigan menunjukkan buah yang mengandungi flavanoids ini boleh melindungi anda daripada penyakit jantung, kanser dan melambatkan penuaan otak. Selain daripada itu, hasil kajian University of Michigan menunjukkan yang buah anggur mampu mengawal tekanan darah anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel