≡ Menu

6 Sebab Utama Gusi Berdarah Bila Gosok Gigi! Ia Bukan Perkara Remeh


Perasaan tak, waktu anda menggosak gigi akan berlaku pendarahan pada gusi. Kebanyakkan orang menganggap itu mungkin perkara biasa disebabkan teknik berusan yang kurang tepat.

Malah, kita mungkin tidak terlalu bimbang kerana pendarahan yang berlaku tidak teruk dan darah tersebut akan berhenti mengalir sebaik sahaja berkumur beberapa kali.

Tetapi sebenarnya, terdapat keadaan tertentu dimana pendarahan yang berlaku adalah disebabkan masalah kesihatan dan perkara berkenaan adalah sesuatu yang perlu dipandang serius. Mungkin sehingga ke tahap anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor gigi.

Di bawah kami senaraikan 6 punca mengapa mulut anda kerap berdarah ketika menggosok gigi :

1. Masalah Gingivitis

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apabila plak dan kaviti menyebabkan bakteria terkumpul pada bahagian gigi, gusi anda (gingiva) mungkin berhadapan dengan masalah keradangan. Hasilnya, wujud masalah gingivitis.

Gingivitis tidak menyebabkan anda merasa sakit dan tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun anda boleh menyedarinya apabila gusi anda kerap berdarah ketika menggosok. Disebabkan tiada rasa sakit, ramai daripada kita membiarkan sahaja masalah gingivitis.

Sebenarnya masalah gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan anda mengalami penyakit oral yang lebih teruk termasuklah masalah pada gigi.

BACA:  Inilah Dosa Free Yang Ramai Tak Sedar. Masih Ramai Mengabaikannya

Mengadakan perjumpaan doktor gigi dan menerima rawatan oral secara berjadual adalah perkata yang anda boleh dilakukan bagi mengatasi masalah gusi berdarah.

2. Anda seorang perokok

Perokok merupakan individu yang mempunyai risiko yang tinggi untuk berhadapan dengan masalah gusi berdarah.

Masalh ini disebabkan asap rokok yang mengandungi toksik berbahaya berupaya untuk melekat pada bahagian gigi dan merosakkan kesihatan gusi.

Malah, para doktor berpendapat bahawa toksik yang melekat pada gigi dan gusi daripada asap rokok tidak boleh ditanggalkan dengan kaedah pembersihan mulut yang diamalkan ketika ini. Berhenti rokok dan anda akan dapati kesihatan gigi anda bertambah baik.

3. Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Jika gusi kerap berdarah, salah satu perkara yang anda perlu dilihat semula adalah tabiat pemakanan anda. Menurut ahli perubatan, diet yang baik bukan sahaja menjamin kesihatan badan yang baik, malah ia turut berupaya melindungi kesihatan gigi.

4. Anda seorang wanita

Perubahan hormon ketika anda sedang datang bulan ataupun mengandung boleh menyebabkan gusi anda berarah ketika menggosok gigi.

Menurut ahli perubatan, sememangnya ada wanita yang mengalami masalah gingivitis ketika berada dalam kitaran haid. Manakala perubahan hormon ketika mengandung boleh meningkatkan risiko gingivitis dan periodontitis.

Sekiranya anda berhadapan masalah berkenaan, dapat rawatan segera dan nasihat doktor gigi untuk mengatasi masalah tersebut.

BACA:  10 Sikap Angkuh Orang Yang Baru Masuk Gaji! Ish Ish Ish. Mintak Jauhlah

5. Tabiat pembersihan gigi yang teruk

Memberus gigi terlalu kuat ataupun langsung tidak menggosok gigi. Kedua-duanya memberikan masalah kepada gusi anda. Gusi sebenarnya adalah satu kawasan yang mempunyai tisu yang lembut, sebarang impak keras ke atas permukaannya boleh mendatangkan kecederaan.

Salah satu punca gusi kerap berdarah kerana kewujudan plak, jadi anda disarankan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Ini sekaligus menanggalkan sisa-sisa makanan pada gigi untuk menghalang pembentukkan plak. Bakteria yang terkumpul pada sisa makanan di gigi melepaskan asid yang boleh memberi kesan buruk sama ada pada gusi ataupun gigi.

6. Mengambil ubat-ubatan

Jika anda berkunjung ke klinik gigi untuk menerima rawatan, anda mungkin pernah ditanya oleh doktor gigi mengenai sejarah pengambilan ubat-ubatan kan? Ini disebabkan sesetengan preskripsi ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya pendarahan gusi.

Terdapat sekitar 400 jenis ubat-ubatan dimana pengambilannya boleh menjejaskan kesihatan mulut seperti gusi berdarah dan mulut menjadi kering. Antaranya adalah antihistamines, sedatives, anti-depressants dan anti-psychotics.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel