Buah tembikai adalah antara pencuci mulut yang menjadi pilihan rakyat Malaysia malah ada yang suka jadikan jus tembikai sebagai minuman.
Tapi sebelum itu anda tahukah bagaimana cara yang betul untuk memastikan tembikai yang dibeli itu segar dan manis sempurna? Rasanya tidak semua tahu bagaimana untuk memilih buah tembikai yang betul, bukan? Bila dilihat dari luar elok tapi bila kopek agak dukacita, tak seperti yang disangkakan.
Kami kongsikan tips cara memilih buah tembikai yang betul.
Berat Buah
Seterusnya angkat tembikai dan timbanglah dengan tangan anda. Lebih berat lebih baik! Oleh kerana tembikai miliki 92% air, yang berat menunjukkan bahawa ia baik dan masak. Kebiasaanya, tembikai yang terlebih masak airnya kurang dan tekstur di dalam tembikai lebih lampung. Jadi, yang paling berat patut anda ambil.
Putih Kekuningan
Pilih tembikai yang punggungnya miliki warna seakan putih kekuningan. Hal ini kerana bahagian tersebut terlindung dari matahari. Jadi bahagian itu penting dalam menentukan tahap kematangan tembikai.
Kulit Tak Berkilat
Penulis merasakan kulit buah tembikai yang berkilat adalah yang baik tapi ternyata salah. Jika ia sudah masak ranum dan sedia untuk menjadi hidangan, ia tidak berkilat dan dan permukaan kulitnya lebih kesat. Sebaliknya bagi yang masih belum cukup masak. Permukaanya berkilat dan licin.
Teknik Mengetuk
Ada orang menggunakan teknik mengetuk pada kulit buah tembikai. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, katanya ia sudah masak dan elok isinya. Tapi, teknik ini tidak pasti kesahihannya. Menurut What About Watermelon, perbuatan tersebut amat tidak membantu anda dalam pemilihan buah tembikai. Anda boleh mengetuk tembikai namun hanya apa yang anda boleh dengar adalah bunyi lampung dalam buah.
Tanya Yang Pakar
Kalau masih tidak pasti, cara terbaik ialah bertanya dengan yang pakar, minta tolong pak cik, tauke atau abang yang menjualnya. Minta mereka memotong buah tersebut dan lihat sendiri dengan mata kasar tekstur isinya. Mudahkan..
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel