≡ Menu

5 Tip Pilih Calon Suami Ikut Garis Panduan Al Quran, No. 4 Paling Penting


Anda yang dah temui pasangan hidup sejati, syukur Alhamdulillah. Boleh kongsikan 5 tip ini pada teman, anak-anak mahupun ahli keluarga yang masih tercari-cari calon suami. Ikut garis panduan Al Quran agar hidup lebih diberkatiNya. Walaupun jalannya tak mudah, moga dengan panduan yang diberikan laluan anda wahai wanita Allah permudahkan. Amin.

Bagaimana Menemui Calon Suami Dengan Membaca Al Quran?

Setiap pencarian apapun memiliki kesukaran atau kemudahan dengan tersendiri. Catatan hidup untuk menerima fitrah Allah yang menjadikan manusia berpasangan lelaki dan perempuan. Tumbuh rasa cinta dan berkasih sayang itulah fitrah.

Fitrah untuk hidup berpasang-pasangan. Yang mana, fitrah hidup ini perlu dijalani oleh seorang hamba Allah dan belajar dan terus belajar untuk terus redha dengan sunnatullah.

Soal lelaki dan perempuan adalah pembicaraan yang tidak pernah habis. Takkan pernah lekang dari setiap situasi, baik yang positif mahupun terkadang ia menjadi negatif.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Inilah cerita tentang lelaki dan perempuan.

Hari ini seorang perempuan tumbuh dengan kepelbagaian informasi yang mereka boleh dapatkan dari pelbagai sumber. Ini termasuklah bahan bacaan yang tersedia di media cetak, masa dan media sosial.

Sumber maklumat yang semakin hari semakin tiada batasan membuat ramai lelaki dan perempuan tercari bagaimana, di mana, dan kenapa. Dengan pergerakan di hujung jari sahaja sudah membuatkan kita memperoleh segala maklumat yang kita inginkan.

Tetapi dalam keganasan dunia moden ini, kita sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang baik, menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan. Ibarat seteguk air yang selalu mencurah di kala kehausan.

Ia adalah jalan terbaik untuk terus menjadi manusia yang berinformasi dan celik akan isi Al-Quran itu sendiri.

Dah banyak sangat peroleh tips melalui bahan bacaan kenapa tidak melalui bacaan dan pemahaman dari Al-Quran itu sendiri.

BACA:  Malaysia #QuranTime, Jakim Mengajak Orang Ramai Membaca Al-Quran Pada Waktu Zohor Hari Ini

Banyak cerita yang Allah sediakan di dalam Al-Quran. Banyak hukum hakam yang terkandung di dalam Al-Quran, sehinggakan Allah juga sudah memberikan garis panduan bagaiamana mencari calon suami melalui ayat-ayatNya.

Tips Mencari Pasangan Hidup Ikut Garis Panduan Al-Quran.

1. Allah sentiasa menyatukan orang yang baik dengan orang yang baik – surah An-Nur ayat 26.

Perbaiki diri agar dapat yang baik. Dalam surah An-Nur ini di mana Allah telah berjanji kepada semua hambanya. Allah hanya akan menyatukan orang baik dengan yang baik.

Terlalu jelas apa yang diperkatakan oleh Allah. Jika dalam proses pencarian, tetapkan hati melakukan kebaikan dan disulami dengan hati yang ikhlas.

Maka Allah sangat tahu tindak tanduk hamba-hambanya. Belajar menjadi baik adalah satu usaha yang bukan sia-sia.

Dengan kepelbagaian rasa ketika proses pembelajaran menjadi baik berlangsung. Dari situ Allah sedang ingin melihat adakah hambaNYA baik hanya kerana untuk mencari jodoh atau hanya keranaNYA sahaja.

2. Berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah SWT contoh doa – surah al-furqan ayat 74.

Erti ayat: ‘ Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) ‘

Doa adalah senjata setiap mukmin, baik dalam apa jua keadaan sama ada mencari bakal suami atau apa sahaja adalah perkara yang sangat dianjurkan.

Doa adalah sebuah permintaan hamba kepada Allah. Kita boleh request apa sahaja yang diinginkan. Mintalah melalui doa. Doa dengan permintaan yang baik.

Doa adalah konsep yang Allah kabulkan tanpa ada penolakan. Tetapi Allah melihat bila yang paling sesuai Allah berikan kerana Allah mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hambaNYA.

BACA:  Awas Dengan Bisikan Syaitan Dalam Rumah Tangga! Nauzubillah

Maka berdoalah untuk mendapatkan pasangan yang paling tepat dengan anda.

3. Carilah pasangan bukan sahaja untuk kebahagian dunia tetapi untuk kesejahteraan dunia akhirat – surah At-Thur ayat 21.

Sangat jelas pesanan dalam Al-Quran, jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda hanya terlihat dari cermin mata kasar sahaja. Akan tetapi ciri-ciri dunia akhirat.

Mudah kita lafazkan aku inginkan seperti ini dan itu. Ini termasuklah perkara yang sukar kita lakukan bagaimana menjadikan visual dalam doa ciri-ciri pasangan yang berbentuk akhirat.

Wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan akhirat anda untuk memperlihatkan kepada Allah yang kita meminta dengan sebenar-benar permintaan kepadaNya.

4. Jangan hidup menyendiri berhimpunlah dengan orang-orang yang baik – surah Al-ahzab ayat 35.

Terkadang sikap menyendiri ini juga membuat kita sebagai individu yang tak terlihat oleh sesiapapun. Ini membuat kita belum menemui pasangan yang dicari.

Pelbagaikan kenalan dan aktiviti untuk lebih mengenali sesama manusia. Belajar kenal sifat setiap manusia mendidik kita menjadi manusia yang lebih menghargai sesiapa sahaja yang ditemui.

5. Berusaha dan menyerahkan hasil kepada Allah – surah At-Talak ayat 3.

Setelah kepelbagaian usaha sebagai seorang hamba, kemampuan sebagai manusia. Tanpa izin dan keredhaan Allah, ia belum sampai jika belum semua perkara kita sandarkan kepada Allah semata-mata.

Dalam konsep belajar mencari dan dicari, perkara paling utama adalah belajar untuk mencari dan dicari.

Berusaha dalam bentuk kepelbagaian dengan batasan seorang muslim dan mukmin dan menyerahkan kepada Allah atas semua usaha sebagai hamba yang taat kepada Allah.

Foto: Ohbulan!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel