Berkhidmat sebagai penyampai radio sebelum ini, Fara Fauzana mengakui tidak tahu bagaimana membahagikan masanya sebaik sahaja masuk pada waktu solat subuh. Namun begitu, Fara Fauzana memberbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya munafik dan saya cuba belajar dan awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk”
“Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul. Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi a good muslim, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya dalam satu sesi perkongsian.
Perkongsian tersebut dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif daripada peminat selain kata-kata semangat yang diberikan kepada Fara. Buat Fara, semoga perkongsian tersebut turut membuka hati mereka yang turut melalui fasa yang sama seperti yang dilaluinya sebelum ini.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel