≡ Menu

5 Sebab Teh Dan Kopi Tidak Boleh Dihidangkan Kepada Anak Kecil


Walaupun kopi mungkin jarang diminati kanak-kanak, tapi rasanya ramai juga yang selalu bagi anak minum air teh kan?

Kadang-kadang order teh o ais dekat kedai makan, kadang-kadang minum teh o panas cicah dengan biskut. Makan pulak pagi-pagi atau masa minum petang. Wah, memang sedap tu! Anak pun join sekali.

Sebenarnya teh dan kopi bukanlah minuman yang sesuai untuk kanak-kanak ya. Kalau boleh kita kurangkan dan jangan dibiasakan sebagai rutin.

Nak tahu kenapa? Ini sebabnya.

5 SEBAB TEH & KOPI BUKAN UNTUK KANAK-KANAK
1. BOLEH MENGHALANG PENYERAPAN NUTRIEN
Menurut Pegawai Sains Pemakanan, Nathirah Maamor, kopi dan teh mengandungi kafein dan tannin yang akan menghalang penyerapan zat makanan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebagai Pegawai Sains Pemakanan, antara kes yang biasa berlaku apabila seseorang anak mengalami Kekurangan Zat Makanan atau Bantut adalah rutin meminum teh atau kopi setiap hari.

Tambah beliau lagi, umumnya di Malaysia, trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali bantut semakin meningkat. Oleh itu, beliau menggesa agar ibu bapa menghentikan tabiat ini dengan segera.

2. MENJEJASKAN TIDUR KANAK-KANAK
Sebuah penelitian dalam Jurnal Paediatrik sebuah artikel di LiveScience melaporkan bahawa 75% kanak-kanak yang mengambil kafein setiap hari secara rutin mempunyai jumlah waktu tidur yang kurang berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil kafein.

BACA:  Tatacara Amalan Surah Al-Fil Untuk Merawat Kanser. Insya'Allah

Kafein yang meresap ke dalam tisu badan boleh meningkatkan kadar degupan jantung sekaligus meningkatkan tekanan darah, mengubah suhu badan dan jus gastrik. Secara tidak langsung, semua faktor ini boleh menjejaskan masa dan kualiti tidur kanak-kanak.

3. KANAK-KANAK LEBIH SENSITIF TERHADAP KAFEIN
Kalau nak ikutkan, kafein ni bukanlah hanya dalam kopi dan teh saja. Tapi juga minuman lain seperti air bergas / soda atau minuman tenaga.

Saraf tunjang termasuk otak kanak-kanak adalah lebih sensitif dan terkesan dengan kehadiran kafein sebagai stimulan. Ia boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah, menjadi punca sakit perut serta masalah tidur.

4. KEBIASAANNYA MENGANDUNGI BANYAK GULA
Minuman manis secara amnya tidak sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak. Kebiasaannya kopi dan teh mengandungi gula yang agak tinggi.

Maka, ia tidak sesuai untuk diminum secara rutin, apatah lagi oleh kanak-kanak kecil yang masih dalam proses perkembangan. Malah, minuman seperti ini boleh menyebabkan masalah kaviti dan kerosakan gigi jika diambil secara berlebihan.

BACA:  Bersyukur Di Atas Musibah, Satu Martabat Yang Mulia Disisi Allah!

 

5. BERSIFAT DIURETIK
Minuman berkafein ini bersifat diuretik, bermakna ianya meningkatkan kekerapan untuk kencing.

Kencing yang terlalu kerap boleh menyebabkan masalah kehilangan kalsium daripada tubuh, lalu menjejaskan kekuatan tulang. Pengambilannya secara berlebihan turut menyumbang kepada dehidrasi dan keletihan.

Menurut LiveStrong, setiap 100mg kafein yang diminum, 6mg kalsium akan terhapus dari tubuh. Walaupun angka ini tidak begitu besar bagi dewasa, namun kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang kanak-kanak.

 

BOLEH MINUM SESEKALI, TAPI JANGAN DIJADIKAN KEBIASAAN
Dah faham kan kenapa teh, kopi dan minuman berkafein ni kurang sesuai untuk kanak-kanak?

Tapi kalau kadang-kadang pergi rumah orang, mereka hidang teh tu tak apalah sesekali anak tu minum. Janganlah sampai boikot sampai tuan rumah tu terasa hati.

Cuma kita sebagai ibu bapa cubalah elakkan daripada menghidang teh atau kopi untuk kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil ok!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel