≡ Menu

5 Sebab Kenapa Lelaki Sangat Beruntung Jika Mempunyai Isteri Yang Kaki Buku


 Ulat Buku, orang yang rajin membaca buku. Pada penulis individu sebegini sangat seksi orangnya, hidupnya sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu pengetahuan. Terasa kerdil pula diri ini…

Baiklah, pada para lelaki yang masih lagi mencari, terdapat banyak jenis wanita di luar sana – pelbagai ragam dan kerenah, sikap, tetapi anda harus sentiasa keep your eye out untuk wanita yang gilakan buku, maksudnya yang ulat buku.

Kenapa penulis berkata begitu?

Anda akan belajar banyak benda dari si dia
Ya!

Sama ada perspektif kehidupan baru atau sekadar fakta rawak yang menyeronokkan, segala yang diperolehinya selepas membaca ribuan halaman. Contohnya, dia dapat berkongsi banyak pengetahuan yang diperolehi dari buku dengan anda dan anak-anak.

Tak pening kepala nak pilih hadiah
Merupakan nightmare setiap kali nak pilih hadiah untuk si dia, perasaan di mana dia suka ke? Kalau nak beli teddy bear, dia terima ke, takut silap hari bulan dilemparnya. Kalau barang kemas, takut bukan stail yang dia suka. Boleh migrain kalau difikirkan tentang hadiah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Anda tidak akan pernah mempunyai masalah kalau si dia jenis yang ulat buku. Hanya perlu periksa rak buku untuk melihat koleksi buku yang menjadi kegemarannya sebelum surprise dengan buku yang baru.

BACA:  Anak Anak Adalah Pintu Rezeki. Bahagiakan Mereka, Nescaya Pintu Rezeki Akan Terbuka

Dia seorang yang empati
Empati maksudnya daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

Menurut kajian psikologi tahun 2009, orang yang mempunyai sikap empati adalah mereka yang suka membaca. Oleh itu, apabila anda mempunyai hubungan dengan seorang pencinta buku, dia akan lebih terbuka untuk memahami dan berkongsi idea serta perasaan dengan orang sekeliing, termasuk anda.

Kehidupan anda tidak akan bosan dengannya
Betul ke dating si ulat buku tak bosan? Hurmmm…

Cuba fikirkan, si dia ada sahaja topik yang mahu dibualkan dengan anda, setiap hari anda benda baru yang mahu dikongsikan dengan anda. Tidak kisah dibacanya di surat khabar, media sosial, buku, majalah, as long as bahan bacaan ada saja nak beritahunya. Secara tak langsung anda sama-sama belajar benda baru, best bukan?

BACA:  9 Alternative Buah Dan Sayuran Yang Lebih Tinggi Kandungan Vitamin C!

Dia tahu habiskan kualiti masa dengan sendirinya
Tak jumpa dan habiskan masa bersama anda, dia tak kisah sebab dia ada jalannya. Lagi satu, anda si lelaki nak ke bersama dengan perempuan yang asyik berkepit 24 jam?

Si ulat buku boleh menghiburkan diri selama berjam-jam tanpa anda. Ya, anda mungkin akan diabaikan demi sebuah buku, itu lebih baik daripada asyik shopping sana sini.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel