≡ Menu

5 Resepi Susu Untuk Membuatkan Malam Anda Lebih Lena


Kamu pernah dapat tidur yang nikmat sejurus selepas menikmati secawan susu segar panas? Petua dongeng yang dipersoalkan kesahihannya kerana menurut kajian sains ia sangat tipis.

Semalam sahaja penulis sempat menyediakan secawan teh strawberi bersama susu segar panas dan nescaya ia berkesan. Anda sendiri melihat banyak resepi susu panas tular di internet – strawberry milk sehingga ke golden milk. Bukan sahaja enak, ternyata minuman ini boleh membantu tidur, berehat, pemulihan otot dan keradangan.

Nak tahu lebih lanjut, cuba 5 resepi di bawah untuk mendapatkan tidur yang lebih nikmat.

Susu Segar + Strawberi
Merupakan favorite penulis! Diminum sejuk mahupun panas, keduanya memang cukup lazat tak terkata. Strawberi memang diakui buah yang miliki banyak nutrien – antioksidan, pottasium dan vitamins. Sebagai contoh, vitamin B-6 adalah sangat baik untuk mengimbangi kitaran tidur dan mengawal melatonin. Bahkan kandungan vitamin C yang tinggi pada strawberi baik untuk kesihatan kulit.

Nak menyediakan susu strawberi, anda perlukan susu segar – panas atau sejuk ikut cita rasa sendiri, strawberi segar dan madu sebagai penambah rasa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Susu Segar + Kunyit
Pasti ramai mengetahui akan minuman viral golden milk yang mempunyai manfaat berlipat kali ganda. Menggunakan kunyit sebagai bahan utama, rempah ubat Ayurverda ini digunakan secara meluas dalam membantu kualiti tidur. Ritual minuman sebelum tidur membolehkan anda berehat, meningkatkan mood, membantu kemurungan dan berpotensi menurunkan tahap kebimbangan (anxiety).

BACA:  4 Makanan Ini Boleh Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Panaskan susu segar, kunyit, kayu manis, halia dan madu dalam periuk kecil. Kacau sehingga semua rempah sebati dan hidangkan panas-panas.

 

Susu Segar + Pisang
Kandungan magnesium dan kalium pada pisang memberi kebaikan untuk individu dewasa yang mengalami masalah sukar tidur @ insomnia. Selain mendapat kualiti tidur yang baik, tubuh akan menjadi lebih ringan dan rileks. Dengan hanya sebiji pisang boleh menjadikan tidur anda lebih baik dan membolehkan anda bangun pagi dengan lebih bersemangat.

Anda hanya perlu menyediakan dua bahan sahaja – pisang dan susu segar (suam atau sejuk ikut pilihan sendiri).

Susu Segar + Bunga Lavender
Dari teh hingga aromaterapi, lavender sering digunakan untuk promote tidur yang tenang dan rileks. Dari segi kualiti tidur, kajian menunjukkan bahawa aroma lavender meningkatkan gelombang tidur dan boleh menyebabkan anda berasa lebih tenang keesokan harinya. Sebaiknya diambil sebelum tidur.

BACA:  Bolehkah Menuntut Semula Hadiah Hantaran Jika Putus Tunang?

Sediakan susu segar mengikut citarasa masing-masing, bunga lavender yang dikeringkan, dan madu penambah rasa, kesemuanya dipanaskan periuk kecil.

Susu Segar + Buah Ceri
Buah ceri tidak hanya lazat, tetapi merupakan salah satu daripada beberapa makanan yang secara semulajadi mengandungi melatonin. Penyelidikan mengatakan bahawa menghirup jus ceri sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur untuk dewasa yang mengalami insomnia. Jus ceri mengandungi campuran melatonin dan tryptophan, asid amino penting yang membantu meningkatkan tahap serotonin badan. Serotonin memainkan peranan penting dalam kitaran tidur. Ia juga mengurangkan keradangan dan meningkatkan tahap mood dan kebimbangan (anxiety).

Anda perlukan susu segar mengikut citarasa, jus ceri, serbuk ashwagandha dan madu sebagai penambah rasa.

Sedapkan semua resepi ini.. Selamat Mencuba!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel