≡ Menu

5 Punca Yang Menyebabkan Kencing Selalu Tak Lawas


Pernah tak terjadi kepada anda suatu hari ketika anda membuang air kecil, air kencing seperti tidak ada habisnya? Masih lagi keluar dan menitis tidak berkesudahan. Ini boleh menjadi salah satu daripada tanda anda mengalami kencing tak lawas.

1. Alahan

Ternyata, kebanyakan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas ini disebabkan oleh alergi. Alergi tersebut boleh berlaku kerana beberaps sebab, dan salah satunya adalah lendir yang dikeluarkan dari kemaluan wanita ketika berhubungan intim. Oleh kerana itu kebersihan organ intim masing-masing adalah perlu untuk mengelakkan beberapa kemungkinan seperti ini.

BACA:  HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN 5 BAHAN BAHAN YANG ADA DI DAPUR KITA!!

2. Kuman

Salah satu kemungkinan yang mungkin juga menyebabkan kencing tidak lawas ini adalah jangkitan kuman. Kuman ini kemudiannya masuk ke dalam saluran kencing lalu menyebabkan saluran kencing tersumbat dan sebagainya. Oleh itu jangan ambil mudah dengan kebersihan seluruh tubuh, lebih-lebih lagi pada organ khusus tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Dehidrasi

Kadangkala jumlah cairan yang ada di dalam tubuh juga turut mempengaruhi keadaan saluran kencing anda. Jika tubuh anda mengalami masalah dehidrasi, maka tubuh hanya mampu menghasilkan air kencing dalam jumlah yang sangat terhad. Oleh sebab itu anda berasa sukar untuk membuang air kecil, dan tentu saja mengalami masalah kencing tak lawas.

4. Bakteria

Di samping kuman, terdapat juga bakteria yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah dengan kencing tak lawas. Bakteria tersebut dinamakan dengan Chlamyda. Bakteria jenis ini selalunya menyerang bahagian sulit wanita, dan sangat kecil kemungkinannya untuk ia menyerang lelaki.

BACA:  BAHAYA PENGGUNAAN KORSET DAN BENGKUNG!! NAK CANTIK KENA BERPADA-PADA

5. Mengandung

Ketika wanita sedang berada dalam keadaan hamil, maka akan terjadi perubahan yang jelas pada tubuhnya. Apabila perut ternyata semakin membesar, maka besar kemungkinan bebanan itu untuk menekan bahagian kantung kencing sehingga mereka akan lebih kerap untuk mengalami kencing tak tuntas.

Foto: huffingtonpost.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel